Belanjawan besar, hutang pun besar, kata Dr Mahathir
BELANJAWAN 2022 yang besar bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, kata Dr Mahathir Mohamad, kerana ia melibatkan hutang.
Bekas perdana menteri berkata cadangan perbelanjaan kerajaan untuk tahun hadapan besar kerana hutangnya juga besar.
“Saya harap kerajaan akan semak semula Bajet 2022.
“Kita tidak perlu bangga dengan mengemuka belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara. Lagipun ia menjadi besar kerana berhutang besar,” katanya membahaskan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat, hari ini. – 2 November, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan