Rabu, 29 Disember 2021

KETUA PENCEGAH RASUAH KAKI RASUAH

 


Panel SPRM digesa bertindak sebelum isu Azam Baki dibawa di Parlimen, kata Gomez

BEKAS ahli panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dr Edmund Terence Gomez tahu pemilikan saham korporat Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki akan dibangkitkan di Parlimen dan mendesak agar perkara itu ditangani segera.

Pad 14 Disember hari Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat, mendorong Gomez menulis surat pegawai atasannya Borhan Dollah mengenai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah.

Gomez dalam suratnya meminta mesyuarat diadakan segera untuk menangani dakwaan terhadap Azam.

“Sudah hampir tiga minggu saya menulis surat kepada anda bertanyakan bila panel kita akan bermesyuarat untuk membincangkan perkara yang saya bangkitkan. Oleh kerana ini adalah perkara yang mendesak saya menjangkakan mesyuarat ini akan diadakan tidak lama lagi.

“Perkara ini akan dibangkitkan di Parlimen minggu ini. Amat memalukan bagi kami, ahli panel ini, jika kami ditanya mengapa kami tidak meneliti perkara ini kerana kami menyedarinya,” tulis Gomez. 

Pakar ekonomi politik itu yang meletak jawatan sebagai panel pada 27 Disember lalu mengeluarkan surat-menyurat dengan Borhan dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Abu Zahar Ujang kepada media hari ini.

Pada tarikh sama beliau turut menulis surat kepada Abu Zahar memaklumkan perkara yang sama mengenai Azam akan dibangkitkan di Parlimen.

Gomez juga menegaskan sudah tiga minggu sejak beliau mula-mula menulis kepada Abu Zahar mengenai perkara itu dan meminta ia dibincangkan dalam mesyuarat bersama antara lembaga penasihat PPPR.

Emel Gomez kepada Abu Zahar dilihat tidak dijawab.

“Saya juga meminta agar anda mengakui menerima surat saya. Memandangkan ini adalah perkara yang mendesak, saya menjangkakan anda akan bertindak balas dengan segera,” tulis Gomez.

Pada hari berkenaan Sivarasa membangkitkan perkara dakwaan pemilikan saham Azam dalam Gets Global Berhad pada 2015 dan 2016.

Gomez memaklumkan Borhan mengenai hasratnya untuk meletak jawatan jika beliau tidak menerima jawapan dalam emelnya pada 14 Disember dan memaklumkan perkara yang sama kepada Abu Zahar.

Pada masa ini sudah kira-kira sebulan perkara itu dibawa ke perhatian kedua-dua ketua badan SPRM.

Menurut surat-menyurat yang dikongsikan dengan media Gomez mula-mula menulis surat kepada Abu Zahar pada 10 November menyampaikan kebimbangannya bahawa SPRM mendapat publisiti buruk berikutan dakwaan terhadap Azam. – 29 Disember, 2021.

ROSAK NEGARA

KITA INI

AMIN

IMAM ROGOL

MAKMUM

AMIN

GURU ROGOL

MURID

AMIN

MENTERI RABA

PEHA MURID

BAWAH UMUR

AMIN

KETUA LAWAN

RASUAH 

KAKI RASUAH

AMIN

RAJA REMBAT

BALAK

AMIN

MENTERI CURI

DUIT

AMIN

BERAT 

MAKIN BERAT

KHALAS

Tiada ulasan: