Boleh tak DAP berhenti jadi parti chauvinis – Wan Saiful
KUALA LUMPUR – Ketiadaan Perdana Menteri, Sabri 144 dalam satu majlis minum petang Hari Krismas baru-baru ini tidak perlu dijadikan isu hingga boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, tindakan itu perlu dihentikan segera, apatah lagi datang daripada pemimpin DAP yang dilihat tidak sensitif dengan kesengsaraan rakyat yang dilanda bencana banjir.
“Perkara sebegini pun nak dijadikan isu? Tak bolehkah DAP berhenti menjadi parti chauvinis yang suka mainkan isu kaum dan agama?
“Lim Kit Siang tidak perlu memainkan sentimen sebegini di saat musibah melanda. Penganjur pun tak ada yang bagi komen negatif tapi DAP pula yang pipi tersorong-sorong ambil kesempatan.
“Saya tak faham kenapa DAP timbulkan isu perkauman dalam waktu sekarang,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, hari ini.
Semalam, Kit Siang dalam hantaran di Facebook miliknya mendakwa ketidakhadiran Ismail Sabri dalam Majlis Minum Petang Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menunjukkan kegagalan beliau sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.
Kata Kit Siang, ia juga kegagalan slogan Keluarga Malaysia untuk menjadi sebuah keluarga yang inklusif tanpa mengira kaum, agama atau kawasan.
Dalam pada itu, Wan Saiful berkata sewajarnya semua pihak berganding bahu membantu rakyat yang terkesan dengan musibah banjir tanpa mengira bangsa dan agama.
1 ulasan:
Apa yang engkau bising bising pasal Cina Merah TT ? Engkau tau tak duit Malaysia yang semua orang dok rasuah komisen kiri kanan dicetak di China Merah? China Bank Note Printing & Minting Corporation cetak duit Malaysia. Duit sendiri pun mintak Cina Merah cetak jangan bising, engkau tak ada teknologi, tak ada akal, tak ada intergriti pun, nak bising apa, kah kah kah tak malu kah, negara Merdeka tak boleh cetak duit sendiri, lepas bising pulak pasal Cina Merah lah, hijau lah, Kuning lah kah kah kah, nanti dia cetak trillion bawa masuk mampooosss engkau, semua kena jual nanti, malah negara India Thailand Sri Lanka Bangladesh Poland Brazil semua Cina Merah cetak bagi mampooosss, jadi satu persatu negara ini semua akan dibeli lingkup tunggu lah, orang Kita senang dijual beli asal ada masuk masuk, apa apa nak bagi tahu Bossku, dia hantar satu kontena ke rumah engkau nanti, ezi tak tak kenyang makan tulang setiap hari kah kah kah
Catat Ulasan