Isnin, 24 Januari 2022

AKAL DAN BUDI

 



Zahid diperintah bela diri 47 kes duit Yayasan Akalbudi

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Ahmad Zahid Hamidi untuk membela diri atas semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan ada kes prima facie terhadap bekas timbalan perdana menteri.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memilih untuk membela diri secara keterangan bersumpah dari tempat saksi. Kaedah pembelaan ini memberi peluang kepada pihak pendakwaan menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Atas permintaan pihak pembelaan, hakim Sequerah menetapkan prosiding membela diri selama 35 hari bermula 26 April hingga 10 November, menggantikan tarikh-tarikh awal antara Mac dan Oktober 2022 yang ditetapkan sebelum ini.

Hakim yang membaca keputusannya berkata Zahid diperintah membela diri selepas mahkamah menilai secara maksimum bukti yang dikemukakan pendakwaan.

Selepas mengemukakan keterangan 99 saksi, pihak pendakwaan menutup kes pada 19 Mac 2020.

Zahid dibicarakan bermula 18 November 2019 atas 12 tuduhan pecah amanah, lapan kes rasuah dan 27 tuduhan mengubah wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Dalam pertuduhan pecah amanah, Zahid didakwa menggunakan duit Yayasan Akalbudi untuk membayar hutang kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pertuduhan rasuah pula melibatkan dakwaan menerima suapan daripada tiga syarikat semasa beliau jadi menteri dalam negeri untuk membantu mereka mendapatkan kontrak MyEG.

Kes pengubahan wang haram pula melibatkan wang daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Zahid yang tiba di mahkamah lebih kurang 9 pagi diiringi ahli keluarga, pemimpin dan penyokongnya. Antara yang hadir termasuk Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan setiausaha agung parti Ahmad Maslan.

Zahid dibela barisan peguam diketuai Hisyam Teh Poh Teik sementara pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran.

Perbicaraan sebelum ini terganggu beberapa kali susulan sekatan Covid-19 dan masalah kesihatan Zahid.

Selain 47 pertuduhan yang diperintah untuk bela diri hari ini, Zahid juga berdepan 40 lagi pertuduhan jenayah rasuah melibatkan wang berpuluh-puluh juta ringgit. – 24 Januari, 2022.

ADA AKAL

ADA BUDI

ADA DUIT

BOLEH MARI

KAH KAH KAH

ADA AKAL 

ADA BUDI

DUIT MASUK

POKET SENDIRI

KAH KAH KAH

ZAHID HANYA

SELAMAT JIKA

KERAJAAN 

BERALIH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kawan lu jugak