Isnin, 24 Januari 2022

HANYA JALAN RAYA AKAN UBAH PILIHAN RAYA

 




Demonstrasi ancam keabsahan kerajaan, kata penganalisis

PUTRAJAYA tidak boleh menganggap perhimpunan jalanan yang diketuai oleh belia tidak penting kerana ia mungkin mencetuskan gelombang besar yang mengancam keabsahan kerajaan, kata penganalisis politik dan masyarakat awam.

Merujuk kepada protes #TangkapAzamBaki yang diadakan pada Sabtu lepas mereka berkata walaupun peratusan yang keluar kecil, protes itu menunjukkan orang ramai khususnya belia tidak berpuas hati dengan tadbir urus negara.

Kehadiran polis yang ramai dan penutupan banyak jalan serta stesen LRT tidak menghalang perhimpunan itu dilakukan adalah bukti kemahuan mereka untuk berdiri teguh, kata mereka.

Bagaimanapun yang lain berpendapat tidak ada perhimpunan yang akan membuatkan Putrajaya merombak gaya tadbir urus semasa atau menangani rasuah secara berterusan.

Pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata protes itu tidak boleh dianggap tidak penting.

“Kebimbangan terhadap tadbir urus yang buruk adalah benar-benar berlaku.

“Perhimpunan ini sangat kuat dalam mencetuskan gelombang besar yang boleh mengancam keabsahan kerajaan dan institusinya.

“Walaupun semua usaha polis untuk menghentikan perhimpunan, hakikatnya mereka berhimpun seperti yang dirancang menunjukkan terdapat desakan kuat dalam kalangan belia yang berani untuk menyuarakan rungutan mereka secara terbuka,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Perhimpunan #TangkapAzamBaki dianjurkan oleh kumpulan masyarakat sivil dan sayap Pemuda beberapa parti pembangkang susulan kontroversi yang melanda Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Penunjuk perasaan menuntut penahanan ketua pesuruhjaya berkenaan berikutan dakwaan pembelian berjuta-juta saham pada 2015 dan 2016.

Perhimpunan bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengahari dengan ratusan peserta berkumpul di Stesen LRT Bangsar.

Tahun lepas kumpulan belia Sekretariat Solidariti Rakyat menganjurkan empat perhimpunan jalanan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan.

Perhimpunan yang pertama ialah #BenderaHitam yang dilaksanakan pada 3 Julai di mana rakyat Malaysia diseru memuat naik gambar mereka mengibarkan bendera hitam di rangkaian media sosial sebagai tanda tidak puas hati terhadap kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Ini diikuti dengan protes kecil #Lawan di Dataran Merdeka pada 17 Julai, konvoi kenderaan bendera hitam pada 14 Julai dan protes #Lawan dengan skala yang lebih besar di Dataran Merdeka pada 31 Julai.

Pada acara ini hitam adalah warna simbolik mereka begitu juga dengan tanda pagar Kerajaan Gagal.

Pada 19 Ogos kumpulan itu mengadakan program nyalaan lilin untuk mangsa Covid-19 yang berakhir dengan penahanan beberapa peserta. – 24 Januari, 2022.

HANYA 

JALAN RAYA

AKAN UBAH

PILIHAN RAYA

AMIN

INI TERBUKTI

DALAM PRU14

AMIN

LAGI BESAR

DEMO 

LAGI BESAR

 UNDI DAPAT

AMIN

LAGI BESAR 

DEMO

LAGI SUSUT

SOKONGAN

 GEROMBOLAN

KHALAS

Tiada ulasan: