KHALWAT KE 654
SELASA 4/1/2022
KITA MASUK KE HARI 654
BERKHALWAT
KITA MASUK KE HARI 654
BERKHALWAT
PKP 4.0
ANGKA TURUN
KE 3000+++
OMICRON MEREBAK
SEDANG DIKAWAL
KEMPEN SUNTIKAN KE TIGA
SEDANG BERJALAN
AMIN
POLITIK MASIH TAK STABIL
ADA PROJEK NAK
JATUHKAN SABRI 114
KALI INI BUKAN
DARI PAKATAN
TAPI DARI GEROMBOLAN SENDIRI
NAJIB DAN TIM BANDUAN
MAHU SABRI 114 JATUH
NAIK KERAJAAN BARU
BOLEH BERI AMPUN
PADA NAJIB
AMIN
PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS
JALAN LECAH DAH KERING
TIDAK ADA HUJAN LEBAT
YANG TURUN RENYAI RENYAI
CENGKERIK BERSIMPONI
TERKUKUR BERLAGU
HA HA
DENGAR BUNYI MERBAH
KUAT SUARANYA
DI JALAN NAK MASUK
TERSEREMPAK DENGAN
BUAH TERAP
BEREPA BIJI BUAH TERAP GUGUR
KERANA HUJAN LEBAT
TERAP MACAM BUAT NANGKA
MACAM BUAT DURIAN
DAUN LEBAR
TAPI BUAH TERAP
YANG INI TAK BOLEH DIMAKAN
GUA DENGAR ADA TERAP
YANG BOLEH DIMAKAN
BANYAK POKOK TERAP TUMBUH
DI ANTARA HOKKIEN
DENGAN LE CHATEAU
INI TANAH RIZAB KERAJAAN
DENGAR KABAR INI
ASALNYA UNTUK BUAT JALAN
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUMLAH
PAGI INI
BRO
MAT BEBAL PUN TAHU
TAPI
YANG PENTING MEMAHAMINYA
BRO
YANG MENGGANGU KITA
DARI BELAJAR INI
IALAH SISTEM
PEMBELAJARAN
BRO
INTELEKTUAL
SELESAIKAN MASALAH
SOSOK BIJAK PANDAI
MENGHALANG. TIMBUL MASALAH
BRO
MENCARI KEBENARAN ITU
LEBIH PENTING
DARI MEMILIKI HARTA BENDA
BRO
SOSOK YANG BAHAGIA
BERSYUKUR DENGAN
APA YANG ADA
DAN TAK RISAU TENTANG
APA JADI ESSOK
GULAI LEMAK SAYUR CENDAWAN
ANAK UDANG GORENG BERLADA
KASIH EMAK SEPANJANG JALAN
SAYANG SAUDARA SAMA BERADA
HALIA TANAM TANAMAN
KE BARAT JUGA CONDONGNYA
DUNIA INI PINJAM PINJAMAN
AKHIRAT JUGA AKAN SUDAHNYA
HANCUR HANCUR DAUN KELADI
BUAT MAKANAN SARAPAN PAGI
HENDAK DIKESAL TAK GUNA LAGI
CARILAH LAIN SEBAGAI GANTI
IKAN BELANAK DALAM TAPISAN
ORANG MEMBUBU DI KUALA DUNGUN
AYUHAI ANAK INGAT PESANAN
KALAU JATUH CEPATLAH BANGUN
JANGAN BIASA DUDUK BERTENTANG
TENGOK ORANG DARI BELAKANG
CARI PAGI MAKAN PETANG
ASAL HIDUP JANGN BERHUTANG
JANGAN SUKA MENGAYAM NYIRU
NYIRU DIANYAM DI TEPI TASIK
JANGAN SUKA MENANGGUNG RINDU
RINDU DATANG BAWA PENYAKIT
YANG KURIK IALAH KUNDI
YANG MERAH IALAH SAGO
YANG BAIK IALAH BUDI
YANG INDAH IALAH BAHASO
AMIN
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERKHALWAT
1 ulasan:
Aik!! Tt percaya pada akhirat? 🤔🤔🤔🤔🤔 Bagus la bila umur dah penghujung ni kembali beriman kepada kepada Allah.
Catat Ulasan