Jumaat, 28 Januari 2022

DADAH CIPUT - TOKAN BILIS

 

Tokan dadah ‘junior’ beraya dalam lokap

MELAKA – Lelaki bujang dipercayai pengedar dadah terpaksa menyambut Tahun Baharu Cina di dalam lokap selepas polis merampas dadah jenis heroin base di rumahnya di Bukit Beruang, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Superitendan Zulkiflee Rashid berkata, dadah dengan anggaran seberat 375.9 gram itu dijumpai ketika serbuan jam 4.50 pagi.

Menurutnya, turut dirampas daripada suspek lelaki bujang berusia 38 tahun yang bekerja sebagai ejen syarikat mencari pekerjaan itu adalah 632.3 gram dadah jenis heroin.

“Siasatan awal mendapati, suspek yang mempunyai 11 rekod kesalahan lampau berkaitan dadah mengakui baharu sebulan membekalkan dadah di kawasan sekitar.

“Keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM43,000 dan hasil ujian saringan air kencing suspek juga didapati positif morfin,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

Tambahnya, suspek kini direman sehingga 2 Februari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Selain itu katanya, polis turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita dua buah kereta dianggarkan bernilai RM130,000 daripada lelaki terbabit.

“Polis Melaka memohon kerjasama masyarakat setempat untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing,” tambahnya. 


WOIT

375.9 GRAM

INI DADAH CIPUT

KAH KAH KAH

SEKALI SEDUT

DAH ABIS

KAH KAH KAH

INI BUKAN TOKAN

TAK PERLU GUNA

TOKAN JUNIOR

AMIN

SEMUA ORANG 

TAHU 

INI MAT PET

AMIN

INGAT TAK

6 &  7 TAHUN DULU

SATU TAN DADAH

DALAM LORI

DITANGKAP DIJALAN

KOTA TINGGI 

DARI UTARA

AMIN

HEBOH HEBOH

HEBOH

AMIN

KEMUDIAN SEMUA

SENYAP

LORI HILANG

DADAH HILANG

TAK DENGAR 

KABAR BERITA

AMIN

WOIT 

BILA NAK TANGKAP

DAN GANTUNG

LEHER 

TAN SERI ESCOBAR

AMIN

TOKAN BESAR

PENYULUDUP DADAH

RAJA DADAH

MALAYSIA

AMIN

SELALU KITA BACA

YANG KENA CEKUP

MAT PETT 

TOKAN CIPUT

KAH KAH KAH

AMIN

INI MACAM NAK

TUNJUK PADA BOSS

ADA TANGKAPAN

ADA BUAT KERJA

KHALAS

Tiada ulasan: