Jumaat, 28 Januari 2022

INI AL-KAWAHLI CAKAP BETUL

 


PRN hanya percaturan kluster mahkamah Umno, kata Hadi

PILIHAN Raya Negeri (PRN) seperti yang akan berlangsung di Johor hanyalah percaturan politik pemimpin Umno untuk menyelamatkan diri dari tuduhan mahkamah, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Tambahnya, PAS tidak pernah setuju PRN diadakan terutamanya jika agenda itu semata-mata demi kepentingan peribadi dan survival politik golongan digelar kluster mahkamah itu.

Katanya lagi, pemimpin Umno berkenaan sepatutnya tidak perlu takut dan sebaliknya berani lawan di mahkamah jika benar terbukti tidak bersalah.

“Strategi nak buat PRN negeri bukan strategi yang baik, tapi kita tahu yang buat strategi ini Umno kluster mahkamah, kluster yang tak ada jawatan.

“Kita tak anggap mereka bersalah lagi tapi kalau mereka ada moral patut lawan di mahkamah dan jangan susahkan rakyat dengan mengadakan PRN.

“Untuk selamat lawan saja di mahkamah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Rusila, Marang hari ini.

Gelaran kluster mahkamah itu merujuk kepada individu seperti presiden parti Ahmad Zahid  Hamidi dan pendahulunya, Najib Razak, serta beberapa pemimpin lain parti itu.

Desas-desus mengenai pilihan raya negeri itu mula dibangkitkan selepas kematian bekas menteri besar Osman Sapian yang juga Adun Kempas hujung tahun lalu.

Kematian itu menyebabkan kerajaan dipimpin Barisan Nasional dan juga Perikatan Nasional hanya menguasai satu kerusi majoriti berbanding Pakatan Harapan dalam DUN dengan 56 ahli itu.

Barisan Nasional menguasai 16 kerusi manakala Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan masing-masing 12 dan 27 kerusi.

Desakan bagi mengadakan PRN Johor disuarakan pemimpin Umno antara lain bagi mendapatkan mandat lebih kukuh untuk mentadbir negeri itu.

Keghairahan itu juga berkait dengan kemenangan Umno pada dalam PRN Melaka pada Oktober lalu yang membolehkan parti berkenaan memperolehi 21 kerusi daripada 28 yang dipertandingkan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Sabtu lalu memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor untuk membolehkan pilihan raya baharu diadakan dalam tempoh 60 hari. – 28 Januari, 2022.



BAB INI

AL- KAWAHLI

CAKAP BETUL

AMIN

BACAAN TEPAT

TENTANG

ZAHID & NAJIB

KAH KAH KAH


Tiada ulasan: