Najib akan mohon Peguam Diraja dari UK untuk rayuan kes SRC
PUTRAJAYA – Najib akan memohon Peguam Diraja dari United Kingdom untuk rayuannya bagi membatalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Andrin Kamarul berkata peguam utama Najib Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu kepada Pendaftar Mahkamah Persekutuan Siti Hajar Mustaffa semasa prosiding dalam talian hari ini.
“Pembelaan akan menulis surat kepada Mahkamah Persekutuan selewat-lewatnya esok mengenai hasrat untuk memohon Peguam Diraja dari UK untuk menghadiri dan berhujah mengenai rayuan Najib. Mahkamah menetapkan 28 Jan untuk pengurusan kes seterusnya bagi menentukan langkah berikutnya untuk rayuan,” katanya kepad apemberita di sini.
Pelantikan Peguam Diraja itu akan dibuat secara ad-hoc selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah Malaysia.
Mahkamah juga menetapkan 15 dan 16 Mac untuk mendengar rayuan Najib untuk mengemukakan bukti baharu.
Pada 7 Dis lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi rayuannya dalam kes SRC dengan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baharu diperlukan untuk keadilan dalam kes itu.
Sehari selepas itu, mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.
Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 28 Julai 2020.
3 ulasan:
Orang putih tak peduli politik Malaysia. Yang penting $$$$. Ada $$$$, semua bisa. Peguam Diraja the Queen, yuran satu jam RM5,000. British Airway kelas pertama, hotel lima bintang .. penthouse. Berapa orang Malaysia yang mampu? Mana dapat duit bayar yuran peguam diraja?
kematian itu ada dua makna
1. Kematian bagi orang beriman yg baik baik amalan dan ilmu nya bawa manfaat pada manusia di dunia maka dunia kehilangan dan kerugian pafa yang hidup
2. Kemayian bagi manudia munafik acah acah power islamik, berbelit cabang lidahnya bila menghukum dia memilih milih bila menfitnah diheret rakyat dihasut kematian jenis ini adalah keuntungan pada yang masih hidup dari terlepas dari dosa fitnah jijik adu domba batu api dan sebagainya
Renung renung kan dan selamat beramal
Najib minta bantuan Queen ..apa 10 Raja Melayu yang ada tak boley tulong ke ..chissss
Catat Ulasan