Khamis, 24 Februari 2022

BERKHALWAT HAR KE 705





KHALWAT KE 705

KHAMIS  24/2/2022

KITA MASUK KE HARI 705
BERKHALWAT 

ANGKA MASIH LAGI
20,000 +++
HEBOH TENTANG
KESAN SAMPINGAN VAKSIN
PADA KANAK KANAK
INI MERISAUKAN
SEPERTI BIASA
KERAJAAN MENAFIKAN

DI MALAYSIA INI
APA YANG DINAFIKAN
OLEH KERAJAAN ITU
ADALAH BENAR
INI KERANA KERAJAAN
SELALU BERCAKAP BOHONG
KEYAKINAN RAKYAT
KUREEENG TERHADAP
KENYATAAN RESMI
AMIN

PRN JOHOR 
MAKIN RANCAK
SAYANG NAJIB 
TINGGALKAN ROSMAH MANSOR
RAKYAT JOHOR AMAT RINDU
UNTUK BERTEMU BERSUA
DAN MELIHAT ROSMAH MANSOR
MENGEPIT BEG BIRKIN
KAH KAH KAH

PAGI INI HOKKIEN LEMBAB
UDARA SEJUK
LECAH DISANA SINI
HUJAN LEBAT PETANG KELMARIN

KL & KL SENTRAL
BERKABUS TEBAL
BANGUNAN 118 DITUTUP AWAN
KELIHATAN AWAN HITAM

MATAHARI TIDAK KELIHATAN
SIMPONI CENGKERIK KUAT
HOOT HOOT HOOT 
JUGA BERSUARA KUAT

HOW WOW JUGA BERLAGU
DI ATAS POKOK YANG SAMA
BERLAGU KUAT SEKALI

NAMPAKNYA PAGI INI
UNTUK UNGGAS YANG
BERSUARA KUAT
MENDOMINASI 

SUARA
PIPIT & TERKUKUR 
HILANG TAK KEDENGARAN

BILA GUA PULANG KE RUMAH
RINTIK RINTIK JADI RENYAI RENYAI
HUJAN YANG MENJANJIKAN
AMIN

BRO
SENYUM 
SENYUM LAH

BRO
DAMAI TENTERAM
BERMULA
 DENGAN SENYUM

BRO
KALAU LU JATUH
LU BANGUN LAGI
INI HEBAT NAMANYA

BRO
LU TAK BEBAS 
KALAU LU TAK KEMUDIKAN
HIDUP LU SENDIRI

BRO
LEBIH BAIK KITA
GAGAL MEMBUAT SATU YANG ORI
DARI BERJAYA MEMBUAT TIRUAN

BRO
BERJAYA BUKAN AKHIRAN
GAGAL BUKAN MAUT
YANG PENTING  KEBERANIKAN
UNTUK MENERUSKAN

BRO
DALAM KEPALA ADA OTAK
DALAM KASUT ADA KAKI
LU BUAT KEPUTUSAAN
KEMANA LU NAK BERGERAK
LU BERSENDIRIN
LU PILIH JALAN MANA
LU NAK AMBIK

BRO
MASIH BELUM TERLAMBAT
NAK JADI
APA YANG LU NAK JADI

BRO
BERJAYA IALAH MENDAPAT
APA YNG DIIMPIKAN
GEMBIRA IALAH MENDAPAT
APA YANG DIKHENDAKI

BRO
GAGAL ITU
IALAH REMPAH YANG MEMBERI
RASA PADA KEJAYAAN

BRO
JANGAN GENTAR DENGAN
KESEMPURNAAN
TAKDA SAPA SAMPAI
KE SANA

BRO
JANGAN BUANG MASA
MENGETUK DINDING
DENGAN HARAPAN
IANYA AKAN JADI PINTU
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: