Khamis, 24 Februari 2022

SATU PELAJARAN - KEILMUAN

 


Muda, PKR bertembung di Larkin

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang mesra Pakatan Harapan akan bertembung dengan PKR di Larkin selepas presiden Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan tiga lagi calon hari ini.

Pengumuman hari ini bermakna Muda akan bertanding di 7 daripada 56 kerusi DUN Johor walaupun hanya diberikan enam oleh DAP dan Amanah.

Syed Saddiq berkata, Muda akan menampilkan Rasid Abu Bakar di Larkin.

Ini bermakna Muda akan bertembung dengan PKR di Larkin. PKR sebelum ini mengumumkan akan meletakkan Dr Zamil Najwah Arbain di kerusi itu.

Sebelum ini, Muda berkata akan meletakkan Lim Wei Jiet di Tenang, Amira Aisya di Puteri Wangsa dan Afiqah Zukilfli di Bukit Kepong.

Kecuali Larkin, semua kerusi lain diberikan kepada Muda oleh DAP dan Amanah.

Pada pilihan raya 2018, kerusi Larkin dimenangi Mohd Izhar Ahmad dari Bersatu.

Selain Rasid, Syed Saddiq turut mengumumkan Fikri Musa dan R Sangaran bagi kerusi Parit Raja dan Machap.

Ketika ditanya mengenai potensi pertembungan itu, Syed Saddiq berkata, Muda berunding dengan PKR sehingga saat akhir.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, kami sudah melalui beberapa pusingan rundingan dengan DAP dan Amanah dan ia dimuktamadkan dengan jayanya selepas kami menandatangani pakatan tanpa bertanding menentang kedua-dua parti itu.

“PKR bagaimanapun menyatakan mereka akan meletakkan calon di 20 kerusi,” kata ahli parlimen Muar itu.

Bagaimanapun Syed Saddiq tidak menjelaskan secara terperinci kenapa Muda memutuskan untuk meletakkan calon di Larkin.

“Seperti yang dikatakan sebelum ini, kita mahu fokus kepada kerusi yang dimenangi Bersatu pada PRU14,” kata Syed Saddiq.

Bekas menteri belia dan sukan itu hanya berkata, Muda kini akan menumpukan perhatian untuk bertanding di 7 kerusi itu apabila ditanya berulang kali mengenai pertembungan di Larkin.

Minggu lalu, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata parti itu hanya akan menyokong calon Muda jika parti baharu itu menghormati syarat “tidak bertembung” dalam kalangan parti mesra Pakatan. – 24 Februari, 2022.

JADIKAN

PERTINDIHAN

KERUSI INI

 SATU KULIAH

POLITIK

AMIN

JADIKAN

PELAJARAN UNTUK

UNTUK MEMAHAMI

APA MAKNA TEORI

UNITED FRONT

AMIN

APA ITU 

KEMAH BESAR

AMIN

TAPI KALAU

POLITIKUS JENIS

LOKMAN ADAM

MEMANG MUSTAHIL

UNTUK BERILMU

KHALAS

Tiada ulasan: