Ahad, 6 Mac 2022

JADI WARGA ATAU JADI EKSTREMIS ?

 


Beri kad warga asing di Sabah elak mereka dimanipulasi ekstremis – Musa

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mencadangkan agar kerajaan menyegerakan pemberian kad warga asing di Sabah.

Penasihat pertubuhan itu,  Musa Hassan berkata, ini kerana warga asing yang tidak mempunyai kad identiti berisiko dimanipulasi oleh ekstremis yang boleh mengancam keselamatan negara. 

“Mereka ini boleh dimanipulasi oleh kerana kita tidak bantu mereka,  mereka akan memusuhi kita. Ini boleh menimbulkan masalah keselamatan pula.

“Kalau kita cadangkan  secepat mungkin sebab kita  tidak boleh biarkan perkara ini  berlanjutan, lagi cepat lagi bagus,” katanya ketika sidang media hari ini.

Tambah bekas Ketua Polis Negara itu, pemberian kad warga asing  akan dapat menangani masalah sosial kerana ia boleh digunakan untuk mencari pekerjaan.

“Ia boleh mendatangkan masalah sosial sekiranya tidak ditangani apabila mereka tidak bersekolah, tidak dapat bekerja tidak dapat bantuan kesihatan jadi apa mereka nak jadi? Mereka manusia nak hidup selesa juga,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Musa menegaskan, pemberian kad warga asing akan memudahkan penguat kuasa mengenal pasti warga asing di negeri berkenaan.

“Mereka perlu diberi kad identiti ini (kad warga asing) supaya mudah penguat kuasa mengenal pasti siapa mereka, supaya menyenangkan pihak penguat kuasa untuk mengambil tindakan sekrianya apa-apa berlaku,” tambahnya.

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri,  Hamzah Zainudin dilaporkan akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan kad warga asing kepada mereka yang telah tinggal bertahun-tahun di Sabah.

Cadangan berkenaan disuarakan oleh kerajaan negeri Sabah kepada Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, Musa berkata kad warga asing berkenaan perlu dilengkapi dengan ciri biometrik untuk mengelak  ia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

SOKONG 

LANGKAH INI

AMIN

TAPI ADA

PERSOALAN 

BELUM SELESAI

AMIN

DALAM 

PERLEMBAGAAN

PILIPINA SABAH

ADALAH WILAYAH

PILIPINA

AMIN

APAKAH BILA

ADA STATUS

WARGA MENJAMIN

TIDAK AKAN

JADI EKSTREMIS

AMIN

EKSTREMIS INI

BUKAN KAD

WARGA NEGARA

AMIN

JALAN SELAMAT

IALAH  MALAYSIA

JADI  DEMOKRATIK

LEBIH ADIL

TIDAK ZALIM

TIDAK RASUAH

TELUS DAN

PENTADBIRAN 

JUJUR

AMIN

MALAH SABAH 

DAN SARAWAK

DIBERIKAN

HAK UNTUK

MENENTUKAN

NAK MASUK

MALAYSIA ATAU

NAK KELUAR 

MALAYSIA

KHALAS

AMIN

KALAU RASUAH

TIDAK ADIL

PENUH MENIPU

MENCURI MACAM

NAJIB ROSMAH

DAN ZALIM WUJUD

NEGARA AKAN

TERUS KACAU 

AMIN

MAKA

 AKAN MENJEMPUT

SABAH SARAWAK 

INGIN NAK TUBUH 

KERAJAAN SENDIRI 

YANG LEBIH ADIL DEMOKRATIK

KHALAS

2 ulasan:

ToraTora berkata...

pandangan gua kalau tak boleh mentadbir dgn Adil, tidak mampu memakmurkan Sabah, Sarawak dan Labuan lebih baik serah kembali kepada warga Sabah, Sarawak dan Labuan untuk buat pilihan sendiri...

Soboi berkata...

Aiiiks...nie katagory pendatang mana semangat nationalist? Buat buat lupa?