Sabtu, 12 Mac 2022

JANGAN LUPA - TERUS INGAT

 



MPAJ nafi tak bertindak terhadap aduan cerun Ampang

MAJLIS Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyangkal dakwaan bahawa tiada tindakan daripada MPAJ berkaitan aduan mengenai cerun daripada penduduk di Taman Bukit Permai 2 di Ampang sebelum ini.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ Norhayati Ahmad berkata hasil semakan yang dibuat mendapati MPAJ menerima aduan kerosakan longkang di hadapan rumah Jalan 1/2 dan bukan di tapak ini.

Beliau berkata sejak kejadian gelongsoran tanah di taman itu, MPAJ menerima maklumat bahawa tiada tindakan diambil selepas penduduk membuat aduan.

“MPAJ telah membuat semakan aduan berkenaan dan mendapati ia adalah kerosakan longkang di hadapan rumah iaitu di Jalan 1/2K dan bukan di tapak ini.

“Aduan mengenai longkang pecah ini sudah diperiksa dan anggaran kos pembaikan adalah RM1 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhayati berkata semakan dilakukan MPAJ di tapak gelongsoran itu mendapati tiada aduan diterima berkaitan perkara itu. – Bernama, 12 Mac, 2022.

JANGAN LUPA

CARA MEMBACA

KENYATAAN

MEDIA RESMI

DI MALAYSIA

AMIN

YANG INI

BERALIH SIKIT

KAH KAH KAH

DAH MULA BIJAK

BERDALIH

KAH KAH KAH

TAK NAFIKAN

TAK ADA ADUAN

100 PERATUS

KA KAH KAH

ADUAN ADA

BUKAN HAL

TANAH BERGERAK

TAPI TENTANG

KUCING TERBERAK 

KAH KAH KAH 

TAKTIK BARU

 DIBUAT KERANA

 ORANG RAMAI 

DAH TAHU KALAU DINAFIKAN 100%

 ERTINYA KES BENAR

KAH KAH KAH 

Tiada ulasan: