Sabtu, 12 Mac 2022

TOKAN PIL KUDA ?



Tokan pil kuda, syabu dari Kelantan diberkas di Melaka

MELAKA – Cubaan tokan dadah mengedar pil kuda dan syabu yang dibawa masuk dari Kelantan hanya bertahan dua bulan selepas diberkas polis ketika mengedar bahan terlarang itu pada Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, suspek lelaki pekerja kilang berusia 33 tahun dari Kelantan itu ditahan di tepi jalan berhampiran Taman Merdeka, Batu Berendam di sini, pada jam 6.30 petang. 

Menurutnya, ketika ditahan suspek dipercayai dalam perjalanan mengedar dadah susulan polis menjumpai 120.54 gram dadah syabu dan 20 biji pil yaba atau dikenali pil kuda dalam seluar dan beg silang suspek.

“Hasil siasatan lanjut, polis kemudian menyerbu pula rumah suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak di Taman Rumpun Bahagia, Bachang kira-kira jam 8.30 malam hari sama.

“Serbuan menjumpai lagi 774 gram dadah syabu dan 1,650 pil yaba menjadikan keseluruhan rampasan 894.5 gram syabu dan 1,670 pil yaba yang mampu memberi untung bersih RM50,000 kepada suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Zulkiflee berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek yang bekerja kilang dengan gaji sekitar RM2,000 sebulan bagaimanapun didapati negatif.

“Suspek kini direman tujuh hari bermula 10 Mac untuk membantu siasatan dan tindakan lanjut diambil mengikut Seksyen 4 ADB (Perlucuthakkan Harta) 1988 yang mana polis turut menyita dua motosikalnya.

“Nilai keseluruhan rampasan dalam kes ini adalah RM13,000 dan kes kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori,” katanya. 

WOIT

KAH KAH KAH

INI BUKAN

TOKAN

KHALAS

INI PERUNCIT

DAN  PENGGUNA 

PERUNCIT KEDAI

 KAMPUNG

AMIN

INI BUKAN

TARAF 

TAN SRI ESCOBAR

PENGIMPOT

BERATUS KILO

TEPUNG FENTANYL

BAHAN BUAT 

DADAH DARI 

CHINA MERAH

AMIN

 TOTAL RAMPASAN

HANYA 13,000RM

KAH KAH KAH

INI NILAI

HARGA SATU

TALI KASUT

TAN SRI ESCOBAR

AMIN

INGAT TAK 

BERAPA TAN DADAH

DI TANGKAP DALAM

LORI DI KOTA TINGGI

AMIN

APA JADI DENGAN

KES INI

SAJE TANYA

NAK LAWAN LUPA

KHALAS

Tiada ulasan: