Pakatan perlu perbetul kelemahan untuk menentang BN, kata Guan Eng
PAKATAN Harapan perlu memperbetulkan kelemahannya dan menunjukkan pendekatan bersatu untuk menentang Barisan Nasional (BN), kata Lim Guan Eng hari ini.
Setiausaha agung DAP itu berkata pihaknya juga menerima keputusan rakyat Johor yang membenarkan BN menang besar dalam pilihan raya negeri semalam.
“DAP dan PH perlu memperbetulkan kelemahan kita, terutamanya dalam menyampaikan kepada orang ramai tentang kesatuan menentang BN di bawah pendekatan “Khemah Besar”.
“DAP ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah menyokong 14 calon kami, termasuk di empat kerusi yang kami kalah,” kata bekas menteri kewangan itu berhubung prestasi parti dalam pilihan raya negeri semalam.
PH menyertai pilihan raya berkenaan dengan rakan utamanya PKR memutuskan untuk berdiri di bawah panjinya sendiri manakala Amanah dan DAP berdiri di bawah panji Pakatan Harapan (PH).
Manakala DAP memenangi 10 kerusi, Amanah dan PKR hanya menang satu setiap satu. Satu lagi parti pembangkang Muda memenangi satu kerusi.
BN pula memenangi 40 kerusi dan Perikatan Nasional tiga kerusi.
“Bagi 10 kerusi yang dimenangi DAP, DAP akan memastikan wakil rakyat kami berkhidmat kepada rakyat dengan sebaik mungkin untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh rakyat,” katanya.
Beliau juga berkata DAP komited untuk menjaga, membantu dan mempertahankan hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama di bawah konsep Mengutamakan Rakyat Malaysia.
“DAP dan PH akan terus mempertahankan kehidupan rakyat dengan memperjuangkan isu kenaikan harga barang, menolak cukai pendapatan sumber asing dan menentang kenaikan denda kompaun yang melampau bagi pelanggaran SOP Covid-19 kepada RM10,000 bagi individu dan RM1 juta bagi syarikat,” katanya. – 12 Mac, 2022.
3 ulasan:
ok la sham.. ada hikmah BN menang... Allah bagi kau rezeki duit masuk dari Ghuan Eng dan isterinya Betty yang sama2 perasuah cuci duit haram laki bini bayar kau menaip pengaruh bdk2 IPTA subsidi tak sedor diri ni undi DAP ngn MUDA... amin amin amin... khalas... maklumla.. kau tu apa pun tak reti... nak bawak grab... malu... ini yang pengerusi PH dulu cakap Melayu malas ni... kau la tu.. publish sikit komen saya ni sham... takkan dah tua makin lembik kot... kata men-no-pause.. wakakakakakkakakakkaka
btw.. lama tak masuk jenguk blog kau sham... sejak2 da pencen layan politik ni sejak bos kau jadi Menteri Kewangan... kah kah kah...
Sudahla Guan Eng jangan talk kok! Rakyat Malaysia tahu masalah dengan Pakatan Harapan ialah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Kalau Pakatan Harapan nak beri harapan kepada rakyat, suruh mamat 3 Old Stooges tu bersara, undur, bagi yang muda ambilalih dan pimpin parti.
masalah dap dia sruh orang melayu je beurubah cina sepet mat keling deme senyap membisu... dap nak melayu berubah suruh keling sepet berubah sama... kah kah kah
Catat Ulasan