Ahad, 29 Mei 2022

BETUL TAK KATA TUKAR TIUB ?

 



Kondo mewah tempat proses dadah diserbu, rampasan bernilai RM26.5 juta

POLIS menyerbu dua unit kondominium mewah yang dijadikan sebagai tempat pemprosesan dadah jenis ekstasi di sekitar ibu negara, dan menahan seorang lelaki disyaki dalang kegiatan itu, serta tiga wanita warga China yang disyaki terbabit, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat polis Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua mereka yang berumur 48 hingga 56 tahun itu ditahan dalam serbuan yang bermula pada pukul 4.30 petang.

Beliau berkata kondominium mewah itu disewa RM2,500 sebulan tiap satu unit dan ia digunakan sebagai tempat untuk memproses dadah, sebelum dijual kepada pelanggan di kelab malam serta pasaran tempatan, dan kegiatan mereka dipercayai telah aktif sejak hujung tahun lepas.

“Sejumlah pil dan serbuk dadah jenis ekstasi dianggarkan bernilai RM26.5 juta dan dua kenderaan, wang tunai, jam tangan serta barang kemas dirampas dalam serbuan itu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Menurutnya semakan mendapati tiga wanita warga asing itu masuk ke negara ini empat hingga lima tahun lepas menggunakan pas lawatan sosial.

Beliau berkata kesemua mereka yang didapati negatif dadah dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.





BETUL ATAU

TIDAK APA

KATA TUKAR TIUB

AMIN

BAHAYA DARI

CHINA MERAH

AMIN

MEREKA MEMBAWA

DADAH DISERATA

DUNIA

AMIN

DENGAN 

DUIT BERJUTA

MEREKA AKAN

MERASUAH 

UNTUK BEBAS

AMIN

BOLEH MERASUAH

UNTUK DAPAT

 PASPOT

AMIN

MASIH ADA LAGI

TAK PERCAYA

TENTANG BAHAYA

CHINA MERAH

KHALAS

Tiada ulasan: