Ahad, 29 Mei 2022

KHURAFAT INI APA ?

 


Jabatan agama Kedah siasat video khurafat di Gunung Jerai

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) sedang menyiasat satu video yang tular berkenaan amalan dikatakan khurafat dilakukan di atas Gunung Jerai, Yan baru-baru ini.

Pengarah JHEAIK Mohd Yusri Md Daud berkata pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung video berdurasi satu minit itu.

“JHEAIK amat memandang berat dan sedang menyiasat aduan itu mengikut Seksyen 4 dan 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 atas kesalahan doktrin palsu dan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

“Pada masa sama, JHEAIK melalui bahagian penyelidikan sudah dan akan terus mengadakan siri penerangan di seluruh Kedah berkaitan bahaya amalan khurafat kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JHEAIK akan terus memberikan penerangan kepada masyarakat dan sentiasa memantau aktiviti keagamaan di seluruh negeri.

“Kami minta masyarakat sentiasa peka dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang bercanggah dengan agama Islam untuk diambil tindakan.

“JHEAIK amat berharap golongan pendakwah dan asatizah di negeri ini menyampaikan ilmu berdasarkan fakta berpandukan sumber dalil al-Quran dan as-Sunnah dan berharap masyarakat di Kedah sentiasa berwaspada serta berhati-hati dalam menerima sebarang dakwaan berkaitan agama Islam,” katanya. – Bernama, 29 Mei, 2022.


KHURAFAT

KAH KAH KAH

KHURAFAT

KAH KAH KAH

KHURAFAT 

INI APA BENDA

KAH KAH KAH

PERCAYA PADA

HANTU KE ?

KAH KAH KAH

PERCAYA PADA

MAKHLUK HALUS

KAH KAH KAH

ATAU

PERCAYA PADA

POKOK KAYU

DAN BATU BESAR

KAH KAH KAH

ATAU PERCAYA

ALAM GHAIB

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Percaya bahawa se nya ada alien dalam universe Kita..planet kurrr lagi rapat..tak caya tanya abalone.