Rabu, 25 Mei 2022

NAK BANTU ORANG RAMAI TAK PERLU JADI YB

 



Husam sedia beri ruang calon muda bertanding PRU15

lebih muda untuk mengambil alih tempatnya bagi bertanding dalam PRU15. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Mei, 2022.

KETUA Amanah Kota Bharu Husam Musa sedia memberi ruang kepada calon yang lebih muda untuk mengambil alih tempatnya bagi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Bekas exco kanan dalam kerajaan Kelantan itu berkata, beliau tidak kisah jika tidak bertanding bahkan sedia menjadi jurulatih sekiranya ada calon muda yang lebih layak.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight demikian ketika diminta mengulas rancangan kerjaya politiknya selepas melepaskan jawatan dalam parti pada dua tahun lepas.

“Bertanding bukan lagi pertimbangan utama saya. Kalau ada senarai calon orang muda yang lebih berwibawa, lebih berstamina, jujur dan berkualiti saya akan sokong mereka habis-habisan.

“Tidak mesti saya sendiri. Kita macam jurulatih bola sepak. Jurulatih tak semestinya main bola sepak, dia lari pun semput nak sumbat gol pun tak boleh.

“Baik dia latih budak lain main bola sepak itu. Yang penting gol itu masuk. Pasukan itu menang, stadium itu penuh,” katanya ketika ditemui Kota Bharu.

Bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu berasa kerjaya politiknya hampir menuju ke persaraan memandangkan usianya kini menjengah 62 tahun.

Tambahnya fokusnya ketika ini ke atas gerakan Save Kelantan bagi mendedahkan isu penderitaan rakyat akibat kelemahan kerajaan negeri.

Pada masa sama, Husam menolak andaian bahawa beliau mengasingkan diri dan meletakkan jawatannya dalam parti kerana kecewa dengan Amanah.

“Peletakan jawatan saya kerana saya sudah berumur, sudah hampir bersara dalam dunia politik.

“Politik parti perlu ada pemilihan, jaga cawangan hadiri mesyuarat. Dengan umur saya, tak larat di peringkat nasional.

“Tapi saya masih pegang Amanah Kota Bharu. Ibaratnya dulu saya gembala kerbau di padang yang luas. Bila saya berumur, saya jaga ayam 20, 30 ekor,” katanya.

Ujarnya kesetiaannya masih lagi pada Amanah terutama dalam menjaga kawasannya tapi tidak berhasrat untuk aktif di peringkat pusat.

Keputusannya melepaskan jawatan naib presiden Amanah dan juga pengerusi Pakatan Harapan Kelantan pada September tahun mencetus kontroversi.

Ia menimbulkan andaian bahawa keputusan itu dibuat kerana tidak sehaluan dengan presiden parti Mohamad Sabu, yang dinafikannya.

Susulan itu, Husam menubuhkan NGO Save Kelantan yang diumumkan sebagai gerakan merentasi parti politik, namun ia seolah-olah tidak diperkenan pucuk pimpinan parti.

Pandangan itu timbul ekoran kenyataan dari Amanah Kelantan yang menegaskan mereka tidak mempunyai kaitan dengan Save Kelantan.

PH akan kalah PRU15 jika masih gagal raih sokongan rakyat.

Mengulas mengenai sentimen pemastautin di luar Kelantan yang sentiasa balik untuk mengundi PAS dalam pilihan raya, Husam melihat senario itu berlaku kerana pengundi tiada pilihan.

Beliau mengambil contoh keadaan yang berlaku dalam apabila timbul sentimen yang sangat kuat di kalangan rakyat Kelantan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Namun apabila mereka balik di Kelantan mereka lihat PH ini masih tak dapat sokongan penuh. Kalau pertandingan tiga penjuru pandangan mereka Umno akan menang.

“Dengan cara itu mereka mengundi PAS dengan sengaja, niat untuk tidak bagi Umno menang,” katanya.

Oleh itu beliau menjangkakan jika PH masih gagal mengumpul kekuatan bagi meraih sokongan rakyat, situasi sama akan berlaku dalam PRU15.

Ditanya mengenai usaha Amanah Kelantan melantik Tengku Razaleigh Tengku Hamzah mengetuai gerakan pembangkang di Kelantan dalam PRU-15, Husam enggan mengulas panjang.

Beliau menyifatkan hubungannya dengan Tengku Razaleigh sangat istimewa terutama apabila veteran Umno itu sanggup bersama dengan PAS ketika gerakan menuntut royalti minyak.

“Saya dengan Tengku Razaleigh sangat rapat. Beliau pernah bantu gerakan kita dalam tuntutan royalti minyak. Waktu itu beliau ahli Parlimen BN dan Umno masih kuat.

“Tapi beliau sanggup datang berucap di Stadium Sultan Muhammad, satu platform dengan tuan guru Nik Aziz Nik Mat. Jadi saya dengan Tengku Razaleigh ini ada ikatan istimewa,” katanya.

Kalangan pemimpin Umno tempatan melihat usaha Amanah Kelantan mengangkat Tengku Razaleigh untuk memimpin gerakan tersebut sebagai tanda perpecahan dalam parti.

Penganalisis melihat usaha tersebut menunjukkan ketandusan kepemimpinan di kalangan Amanah Kelantan. – 25 Mei, 2022.

ORANG RAMAI

WAJIB 

DISEDARKAN NAK

BANTU RAKYAT

TAK PERLU

JADI YB

AMIN

NAK BANTU

SILA BERI

BANTUAN

AMIN

TAK SUKA

 KERAJAAN

SUSUN GERAKAN

BUAT DEMO

AMIN

KERAJAAN TAK

PERNAH JATUH

TANPA DEMO

AMIN

HANYA DEMO

JALAN RAYA YG

CARA TERBAIK

UNTUK 

TUMBANGKAN

KERAJAAN

BUKAN YB

AMIN

HAMPIR SEMUA YB

KAKI PUTAR

KAKI TIPU

KAKI RASUAH

KHALAS

Tiada ulasan: