Ahad, 26 Jun 2022

JANGAN HANYA CAKAP



Turunkan harga barang atau kami turun ke jalan kata persatuan pelajar

DUA persatuan pelajar bersedia turun ke jalan sekiranya kerajaan tidak menurunkan harga barang keperluan.

Persatuan pelajar Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Putrajaya memansuhkan subsidi dan harga siling untuk barang keperluan tanpa mengambil kira kesusahan rakyat.

“Kami terkejut dan kecewa dengan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak dan harga siling bagi barang keperluan bermula 1 Julai.”

“Keputusan ini dibuat tanpa mempertimbangkan kesusahan dihadapi rakyat di mana tindakan ini akan meningkatkan harga sekaligus memberi kesan negatif kepada oranmg ramai yang terpaksa belanja lebih untuk keperluan harian,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.


Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak masak botol bermula 1 Julai ini meliputi minyak masak sawit tulen dalam botol 2kg, 3kg dan 5kg yang ketika ini masing-masing dihadkan pada harga RM12.70, RM18.70 dan RM29.70 namun subsidi minyak masak paket RM2.50 sekilogram dikekalkan.

Skim subsidi minyak masak berbotol diperkenalkan kerajaan pada 1 Ogos tahun lalu untuk tiga bulan sahaja namun diteruskan sehingga Jun 2022 dengan mengambil kira faktor pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada rakyat.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan tidak akan mengapungkan harga ayam serta tidak menaikkan tarif air dan elektrik bagi Semenanjung. Katanya, kerajaan akan mengumumkan harga siling ayam dalam masa terdekat.

“Putrajaya telah memutuskan harga ayam tidak akan diapungkan. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan umumkan harga siling dalkam masa terdekat”.

Pada masa yang sama kedua-dua persatuan pelajar ini membidas pengumuman kerajaan berhubung bantuan wang tambahan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang disifatkan tidak menyelesaikan masalah rakyat.

“RM100 itu tak boleh bertahan sehari pun dengan harga barang yang semakin meningkat dan lagi teruk lagi kerajaan tak ada perancangan bantu pelajar yang terjejas.”

“Kami desak kerajaan buat perancangan untuk membantu rakyat di semua peringkat. Perancangan di bawah BKM tidak cukup dan bukannya untuk jangka masa panjang,” kata mereka.  – 25 Jun, 2022.

JANGAN HANYA

CAKAP

AMIN

SUSUN ATUR

DAN LAKUKAN

AMIN

BIASANYA YG

BERI AMARAN

TAK JADI APA APA

AMIN

HANYA GERTAK

KEELING

AMIN

CAKAP SENANG

BUAT & BUKTIKAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: