Angka jangkitan Covid-19 melonjak melepasi 5,000 kes semalam
KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 melonjak kepada 5,330 semalam berbanding 4,204 sehari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 13 adalah kes import.
Pertambahan jumlah jangkitan itu menjadikan kes Covid-19 di negara ini terus bertambah kepada 4,654,852.
Jumlah kes kematian juga meningkat kepada 10 dengan satu kematian berlaku di luar hospital.
Data COVIDNOW menunjukkan kes aktif bertambah kepada 46,523 bagi tempoh yang sama berbanding 42,661, kelmarin.
Jumlah yang dikuarantin di rumah adalah sebanyak 44,885, hospital (1,560) dan Pusat Kuarantin Rawatan Covid (29).
Jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi pula sebanyak 49 kes dengan 34 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan