Lebih 300 ahli Bersatu, Warisan mohon sertai UMNO
KUALA LUMPUR – Lebih 300 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) di Putatan bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.
Naib Presiden UMNO, Mahdzir Khalid berkata, kesemua mereka menghantar borang permohonan untuk menyertai parti itu, semalam.
“Apa yang saudara-saudari buat malam ini (memohon menyertai UMNO), saya sebagai Naib Presiden sangat berterima kasih, kita tidak ada sebarang permusuhan, kita tidak ada apa-apa yang nak digaduh, kenapa tidak cari jalan, jadi sekarang kita sudah cari jalan untuk kembali bersama-sama dengan keluarga besar kita.
“Tidak ada masalah sama sekali, jangan kata kamu lain, kita lain, kita sama juga itulah orangnya sama ada Bumiputera, orang Cina, India, orang Kadazan, Dusun, Murut atau apa sahaja etnik, kita adalah Keluarga Malaysia,” katanya ketika menyaksikan penyerahan borang berkenaan di Putatan, semalam.
Borang permohonan itu diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nor Mohammad oleh wakil kumpulan itu, Sulaiman Salleh, turut disaksikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Abdul Rahman Mohamad.
2 ulasan:
Ado oghang kato mampuih sekor pendekar ..soratus lagi akan muncol ..boto tu ..tak cayo lu tinggok kat Sabah ..bilo Bung dan bini dio kono pasong ..totibo 300 datang nak ganti Bung ..lumayan ..lumayan ..kok camni Sabah totap nogori paling singkek dalam Malaya ooop ..Sulu ooop ..Malaysia
Ini kempen cara totok le..idea purba. Masuk Umnoo ramai-ramai tapi undi bersatu...kah..kah...bahalol punya idea.
Catat Ulasan