Isnin, 26 September 2022

MAIL BERA MENGELAK LAGI



Belum dapat ilham bubar Parlimen, kata Ismail Sabri 


KETIKA spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin kencang, Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen. 

Perdana menteri berkata sebarang keputusan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi Umno pada 30 September ini. 

“Pada 30 hari bulan, petang ada (mesyuarat) Top 5 dan biro politik, malam ada MT (Mesyuarat Tertinggi). Jadi kita tunggulah,” katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat. 

Ismail Sabri, yang juga naib presiden Umno, berkata beliau belum mendapat maklumat mengenai agenda mesyuarat MT Umno. 

“Saya pun tak tahu apa agenda MT dan sebagainya. Jadi malam tu lah kita akan bincang,” katanya.

Top 5 merujuk kepada presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden Umno.

Ditanya sama ada beliau sudah mendapat ilham bila akan membubarkan Parlimen semasa berada di bandar raya ini dan adakah ia semakin dekat, Ismail Sabri menjawab “belum lagi.” 

“Saya berjalan di sekitar Central Park dan kagum dengan bagaimana kawasan hijau seluas 832 ekar di tengah-tengah bandar raya ini dikekalkan dan dipulihara” katanya. 

Perdana menteri berkata jika di Malaysia, pasti akan ada cadangan di atas meja beliau untuk membangunkan kawasan seumpama itu. 

“Saya mendapat inspirasi bagaimana untuk memulihara kawasan hijau kita. Namun untuk pilihan raya, saya tidak mendapat apa-apa inspirasi,” katanya sambil tersenyum. – Bernama, 26 September, 2022.

WOIT

MAIL BERA

BELUM DAPAT

ILHAM

KAH KAH KAH

MAIL BERA

MENGELAK LAGI

KAH KAH KAH

WOIT

MAIL BERA

TAK TAHU KA

ADA 375 HEKTAR

KUBUR HOKKIEN

KUBUR KWANTUNG

DI BELAKANG

 ISTANA LAMA

YANG BOLEH

DIJADIKAN TAMAN

AMIN

KHALAS




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woit biar lah dia cari ilham di New York, kacau kacau saja kerja engkau orang, bagi lah orang peluang bercuti bersantai relax cari ilham bukan did Langkawi bukan di tanah air tanah tumpah darah ku, tapi did negara Amerika kah kah kah, di sana pasti nyaman sejuk menawan nampak peha putih, rambut mayang tarak sembunyi bawah atas , nak tengok apa pun boleh, nak rasa apa pun boleh, jangan kacau kacau bagi Pak Beta relax relax sekejap, asyik politik politik politik tak habis habis nak rebut kuasa, takut nanti susah sampai free, kena bayar jarang lah nak.sampai sana, kalau orang bayar boleh bawak satu keluarga Malaysia yang terbaik budaya orang Kita, pantang dapat perçuma nak terus saja kah kah kah