RM90.9 juta masuk akaun peribadi Najib pada 2012, kata saksi
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa wang berjumlah RM90.9 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Najib Razak menerusi dua transaksi pada 2012.
Pengurus Cawangan AmBank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R Uma Devi, 43, berkata berdasarkan penyata akaun berakhir nombor 694, kemasukan wang RM15,149,963.64 ke dalam akaun bekas perdana menteri itu adalah pada 31 Oktober, dan RM75,749,963.64 pada 20 November 2012.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Najwa Bistamam pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Najib membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam penyataan pembukaan pada 2019, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram berkata Najib yang bertindak melalui ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah menyebabkan 1MDB terbabit dalam dua transaksi, dengan tertuduh memperoleh sejumlah RM90,899,927.28.
Transaksi itu adalah berkaitan pertuduhan kedua yang dihadapi oleh Najib, membabitkan pengambilalihan aset dengan nilai yang diragui oleh 1MDB.
Sementara itu Uma Devi berkata pada November dan Disember 2011, Najib telah mengeluarkan cek berjumlah RM2,494,000 kepada beberapa pihak.
“Pihak itu ialah Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM494,900), Yayasan Rahah (RM1 juta), ORB Solutions Sdn Bhd (RM450,000), Mashi Publication Sdn Bhd (RM30,000) dan Transformasi Kreatif (RM520,000),” kata saksi pendakwaan ke-37 itu.
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama, 26 September, 2022.
3 ulasan:
Bukan setakat cikgu, bapak cikgu, anak cikgu keluarga cikgu pun boleh beli dengan duit sebanyak itu lah, ada mata tapi susah nampak, ada telinga susah dengar, ada hati susah rasa, ada naluri tapi susah terima kebenaran, itu lah banduan, walau tahu bersalah tapi nak diampunkan nak bebas supaya tidak terkurung merpati seekor, tetapi ingatlah antara banyak merpati berak atas kepala orang, merpati seekor ini sudah berjaya berak atas kepada seluruh rakyat negaraku, terbanyak terhebat termasyhur dalam sejarah kecurian politik dunia, kah kah kah kalau Marcos, kalah Soekarno kalah Dan kah kah kah
Ingat senang kah mencuri duit begitu banyak, bukan senang oh, kalau curi Milo, susu anak, Pampers cepat lah kena tangkap, terus jatuh hukum terus masuk penjara, orang yang curi banyak bukan senang nak masuk penjara terus, kena bicara bertahun tahun, nak rujuk UK, oopss Ulu Kelantan, nak rujuk Queen Elizabeth, nak rujuk mahkamah tinggi, mak rayu.ayah rayu agung rayu sampai ke bulan nak rayu, bila jatuh hukum pulak kata dianiayai, dikhianati, dan macam macam lah, kemudian buat sakit perut, cirit birit ulser sampai kena pyschio kan senang tetapi jangan lupa, semua diperhatikan oleh Yang Maha Esa, kamu boleh menipu dunia dengan moto agama bangsa negara, tetapi Yang Maha Esa tahu apa niat kamu, apa agenda kamu, apa perbuatan kamu sekian lama, akan diberikan pengadilan sewaktu dengannya, tak kira lah kamu junjung apa pun, tak begitu kah kah kah syukur amin
jgn lupa rm90juta bole beli lebai pas..lebai porno bole beli kereta buatan kafir..bukan enteng2 lebai ni..berkat mengaji middle east..berkah mengaji mekah madinah..tuhan pun bole terima wang palsu dimekah dan madinah..masa kan tuhan tiada sekelumit pun peringatan diberikan kepada pemakan2 rasuah yg menghancurkan negara, ekonomi dan mjdkan miskin jd hamba..mujur muhammad mati miskin..berbahagialah para pemakan rasuah penjual agama kerna tuhan mengangkat kalian lebih tinggi dari muhammad yg mati miskin..tiada pula muhammad mengunakan mukjizat utk kaya raya..namun lebai2 para agamawan menggunakan muhammad sbg tongkat mukjizat utk makan rasuah terang2gan..PH akan kalah PRU..tuhan azzawajalla tiada pertolongan utk PH..dimana tuhan ketika lembaga2 daulah makan rasuah..dimana waris2 wali, dimana waris2 pendekar2 dulu kala..pada ketika negara diratah perasuah dan pengguna tongkat muhammmad, mana kaum2 ni pergi..bersekongkol dgn perasuah atas nama waris org2 terdahulu..atau malaysia cuma bumi melayu..melayu itu adalah pelarian kata org2 jawa..atau sekadar merakam sejarah...
Catat Ulasan