Fitnah pembangkang belum cukup ‘power’ – Puad
KUALA LUMPUR – Rakyat tidak terpengaruh dengan segala fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan yang diketuai Barisan Nasional (BN) ketika ini.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd. Puad Zarkashi berkata, atas sebab itu, mereka tidak mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat.
“Pembangkang dakwa kerajaan hari ini kerajaan gagal, tetapi tuntut PRU-15 dilambatkan. Sebenarnya fitnah mereka belum cukup power.
“Rakyat tidak terpengaruh. Sebab itu minta dilambatkan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) pada masa ini membangkitkan isu kemungkinan berlaku banjir besar sekiranya PRU-15 diadakan hujung tahun ini.
Mereka menuduh BN tidak mempedulikan keselamatan rakyat apabila mendesak PRU-15 diadakan segera walaupun jentera parti terpaksa meredah banjir untuk berkempen.
1 ulasan:
Panorogo dah torlopeh ..nanti pastikan Azeez Koling Itam Logam tak torlopeh. Nanti kek mahkamah kok nampak ular sodang molusor jangan koja atau pukol ular tu, ini somuo helah Si Azeeez Itam Logam utk lopeh ..
Catat Ulasan