Sabtu, 24 September 2022

MUSUH WAJIB DIKENALI


BN mesti jadi musuh Perikatan, tegas Muhyiddin


BN perlu kekal menjadi musuh untuk memastikan gabungan PN tidak kecundang dalam pilihan raya umum akan datang, tegas pengerusinya Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu itu juga berkata, setiap komponen PN harus bertindak selari dengan ketetapan itu.

“Kalau kita komited dan ahli yang lebih 700,000 ini, didukung PAS dan Gerakan (dengan jumlah) mungkin dua juta ahli, ini gerakan politik besar dengan syarat bergerak satu pasukan menuju satu hala tuju.

“Jangan Bersatu kata begini, PAS kata begini, Gerakan kata begini. Kalau tak tunjuk kesatuan kita akan kalah pasal mesej di bawah tak jelas siapa musuh kita.

“Apabila tiba masa PRU15 diadakan, maka PN didukung Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan SAPP, gerakkan semua jentera kita,” katanya di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan di majlis sambutan ulang tahun keenam Bersatu itu, Muhyiddin juga berkata, PN tidak mengambil kira kerusi yang akan ditandingi BN dan juga PH.

“Saya tak nak bincang soal PH, itu hal dialah. Umno nak tanding semua kerusi tandinglah,” kata Muhyiddin, di hadapan kira-kira 1,000 ahli parti yang hadir.

Ucapan Muhyiddin itu mensasarkan PAS yang masih berharap untuk menjalankan kerjasama dengan parti tunjang BN, Umno dalam PRU15.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan pada 20 September menyebut pintu rundingan kerjasama masih terbuka untuk Umno memandangkan parti Islam itu tidak menjadikan mereka sebagai musuh.

Takiyuddin berkata, PAS tidak bersetuju menjadikan BN sebagai musuh politik mereka dalam pilihan raya umum sebaliknya menjadikan PH sebagai musuh utama.

Kenyataan Muhyiddin juga susulan laporan mengenai usaha menghidupkan semula kerjasama PAS dan Umno melalui Muafakat Nasional.

Ia berkait pertemuan pada Selasa yang berlangsung di antara Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin dalam sidang medianya berkata beliau akan mendapatkan pengesahan Hadi terlebih dahulu berhubung perkara itu.

“Saya baca kenyataan itu, saya juga nak tahu apa berlaku, saya perlu dapatkan pencerahan bila saya bertemu Hadi, Isnin atau Selasa.

“Saya akan tetapkan tarikh dan kita akan bincangkan banyak isu yang penting, sudah tentu dapatkan pencerahan beliau betulkah ada perbincangan itu, apa hasil perbincangan itu.

“Adakah Umno setuju namun apakah kedudukan PN dalam rundingan itu, buat masa ini saya akan tunggu peluang bertemu Hadi minggu hadapan,” kata Muhyiddin.

Namun setiap komponen PN bebas untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa selagi tarikh pilihan raya umum belum diumumkan, katanya.

“Tapi bila nak dekat dan hampir PRU kita akan ada satu keputusan bersama, sekarang setiap parti ada kebebasan nak buat apa saya tak boleh kata jangan itu jangan ini.

“Kita nanti atas semangat PN akan bekerja dan berbincang atas semangat musyawarah,” kata Muhyiddin lagi. – 24 September, 2022.

WOIT

APA MUHYIDIN

CAKAP BETUL

AMIN

BILA BERPERANG

WAJIB KENAL

MUSUH

AMIN

MUSUH ADA JENIS

ADA MUSUH UTAMA

MUSUH SAMPINGAN

AMIN

LAWAN MUSUH 

UTAMA DULU

AMIN

JANGAN LAWAN

BANYAK MUSUH

AMIN

INI TEORI PERANG

NAK MONANG

KEMAH BOSA

AMIN

JAMIN KALAH

KEMAH KOCIK

AMIN

HANCUR KALAH

JIKA

PERANG SORANG

DIRI LAWAN

BANYAK MUSUH

AMIN

NAK JADI RAFIZI

OPPS... SILAP

NAK JADI RAMBO

LAWAN SORANG

DIRI HANYA DALAM

FILEM

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: