MELAYU MUDAH LUPA - INI KAH PERJUANGAN UMNO SEKARANG INI?
Tamrin Tun GhafarSelasa - 13/09/22
1. Yang bergema di Dewan Merdeka WTC baru - baru ini ialah
'HIDUP NAJIB'
'MALU APA BOSS
KU'
'BEBAS KAN NAJIB'
perhimpunan ini diadakan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang terdiri dari 5 Hakim bersetuju dengan pendapat Mahkamah Rayuan yang terdiri dari 3 Hakim dan Mahkamah Tinggi terdiri dari seorang Hakim yang mendapati Najib telah melakukan rompakan RM42 juta
1. Yang bergema di Dewan Merdeka WTC baru - baru ini ialah
'HIDUP NAJIB'
'MALU APA BOSS
KU'
'BEBAS KAN NAJIB'
perhimpunan ini diadakan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang terdiri dari 5 Hakim bersetuju dengan pendapat Mahkamah Rayuan yang terdiri dari 3 Hakim dan Mahkamah Tinggi terdiri dari seorang Hakim yang mendapati Najib telah melakukan rompakan RM42 juta
2. Bagi menguatkan lagi hujah , 2 peguam , Shafee Abdullah dan Zaid Ibrahim turut berucap selain dari beberapa ahli keluarga dan seorang Ahli Parlimen
3. Najib didapati bersalah dengan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta
4. Sementara mendapat jawapan rayuan pengampunan dari Agong dan 'review' , Najib dikatakan berada di Penjara Kajang sebagai salah seorang banduan
5. Walaupun Pengarah Penjara telah menafikan bahawa Najib di beri 'LAYANAN ISTEMEWA' namum ramai yang maseh mempersoalkan kenyataan atau penafian tersebut
6. Mahkamah juga mendapati Rosmah Mansor , isteri Najib bersalah , dan menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan denda RM970 juta
7. Selepas Rosmah , giliran Bung Mokhtar Radin dan isteri kedua beliau , diikuti Azeez Rahim atau Azeez Keling dan Zahid Hamidi yang menghadapi 87 pertuduhan
8. Tidak mustahil ramai lagi pemimpin - pemimpin UMNO akan diheret ke Mahkamah
9. Yang menjadi PERSOALAN apakah ini perjuangan UMNO kini berbanding dengan UMNO dimasa dahulu dimana mereka berkumpul demi menjaga Hak Melayu BUKAN diperalatkan untuk kepentingan Najib , Presiden UMNO dan yang lain
10. Sebenarnya UMNO sudah rosak di sebabkan :
CASH IS KING
11. Sebahagian besar ahli UMNO telah 'di beli' oleh Najib samada secara terus ( direct ) mahupun melalui 'balaci' beliau yang akhirnya berjaya menjadikan UMNO itu hak peribadi beliau
12. Walaupun sebahagian besar orang Melayu 'lapar' namun majoriti mereka MENOLAK UMNO pada Pilihanraya Umum ke 14 yang diadakan pada hari Rabu 9hb Mei 2018
13. Tun Dr. Mahathir sudah pun membuat ramalan 30 tahun dahulu bahawa pada tahun 2020 atau mungkin awal lagi , orang Melayu akan menolak UMNO kerana amalan rasuah , dan pentingkan diri dan keluarga
14. Tun Ghafar Baba ( Al Fatehah ) juga pernah menyuarakan kebimbangan yang sama terhadap apa yang akan menimpa UMNO
15. Hairan bagaimana Tok Guru Nik Aziz ( TGNA ) ( Al Fatehah ) menyebut 2 nama , Najib dan Zahid dalam doa beliau
16. Dalam suasana dimana Najib dan yang lain sedang dan mungkin di penjarakan juga , kita tidak boleh lupa peranan 5 orang wanita :
i. Rosmah Mansor - gila jawatan dan rasuah
ii. Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report yang beroperasi dari London - orang pertama yang membongkar penipuan 1MDB
iii. Loretta Lynch - Peguam Negara Amerika Syarikat yang telah berjaya menggumpul dan memulangkan USD 1.2 Billion kepada Kerajaan Malaysia
iv. Mary Ann Jolley - pemberita Al Jazerra - walaupun pernah diusir keluar negara oleh Najib namun akhirnya berjaya menemubual Najib sehingga hilang 'control' , dan lari
v. Tun Tengku Maimun Tuan Mat , Ketua Hakim Negara bersama 2 Hakim wanita dan 2 Hakim Lelaki menjatuhkan Hukuman muktamad dan mempenjarakan Najib
17. Najib , Rosmah dan yang lain BERNASIB BAIK kerana 'crime' yang dilakukan mereka adalah dinegara ini ; jika di Saudi Arabia atau Negara - Negara Islam di Timur Tengah , samada dipotong tangan atau leher mereka di pancung ; di Negara Komunis China , hukuman pesalah ialah tembak mati
18. Watak Najib dan Rosmah sama seperti pasangan suami isteri Bonnie and Clyde yang akirnya terpaksa ditembak mati oleh sepasukan polis Amerika Syarikat
19. Sudah mula kedengaran :
'JIKA TIDAK MEROMPAK , MENCURI DAN RASUAH , BUKAN UMNO NAMA NYA'
20. Idris Ahmad , Naib Presiden PAS yang kini BERSEKONGKOL dengan UMNO dalam Kabinet pernah menuduh :
'UMNO , SIANG BELA MELAYU ,
MALAM JUAL MELAYU'
21. Kedua - dua kenyataan itu tidak mustahil ada kebenaran nya
22. UMNO maseh di tokok lama ; TIDAK PERCAYA jika dikatakan UMNO akan gagal sekali lagi , dan akan MELENTING jika di tuduh Parti ini sudah rosak akibat di selubungi RASUAH
23. UMNO akan cakap dan lakukan apa sahaja tanpa berfikir panjang termasuk yang terbaru anak Najib sanggup MENYAMAKAN beliau dengan Nabi Allah Yusof dan Nelson Mandela
24. Nabi Yusuf digoda oleh isteri pembesar Mesir bernama Aziz sedangkan Nelson Mandela adalah PEJUANG Kulit Hitam di Afrika Selatan yang menentang Dasar Kulit Puteh - Aperthaid
25. Nabi Yusuf dan Nelson Mandela di penjarakan BUKAN kerana mencuri harta rakyat seperti Najib dan Rosmah tetapi atas dasar BERJUANG UNTUK RAKYAT
26. Sebelum terlupa , suami pertama Rosmah juga bernama Aziz seperti nama suami Zulaika
26.. ORANG MELAYU TIDAK LAGI BOLEH MENGHARAPKAN UMNO MEMBELA NASIB MEREKA ; UMNO HANYA PANDAI BERPURA - PURA MENJELANG PILAHANRAYA
27. UMNO yang banyak berjasa kepada saya dan keluarga kini umpama bas usang dimana hampir kesemua alat ganti rosak ; tambah pula ia di pandu oleh Wak Jawa yang mungkin terlebih minum air ketum
LAIN PADANG
LAIN BELALANG
LAIN DULU
LAIN SEKARANG
28. Dalam keadaan begini di bimbangkan susah untuk sampai ke destinasi , dan amat merbahayakan penumpang
29. Dari segi keselamatan ada lah lebih baik kesemua penumpang didalam nya turun dan menunggu keanderaan dan pemandu yang lebih baik untuk sampai ke destinasi dengan lebih selamat
Wassalam
Terima Kasih
Tamrin Tun Ghafar Tamrin Ghafar
September 12, 2022
Tiada ulasan:
Catat Ulasan