Umno lebih baik tanpa PAS, kata Razlan
UMNO tidak perlu lagi tawar menawar dengan PAS selepas ia enggan bekerjasama dengan parti Melayu itu, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Razlan Rafii.
Dalam satu temubual dengan Malaysiakini, Razlan mengkritik pemimpin PAS yang dikatakan tidak berkelayakan tetapi diberikan jawatan menteri kerana percaturan politik.
“Kamu bayangkan, seorang yang berjawatan presiden parti, tidak mampu bekerja untuk negara.
“Tetapi terpaksa diberi tempat disebabkan dia presiden parti. Seperti Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Beliau terpaksa diberi tempat berjawatan bertaraf menteri disebabkan pencaturan politik.
“Disebabkan kita nak dia (PAS) punya sokongan, kita bagi dia tempat. Walaupun tidak ada kerja yang dia buat, tetapi terpaksa bagi. Sebab perlukan sokongan dia dan ada banyak juga perkara itu terjadi,” katanya dipetik dari Malaysiakini.
“Ini tak pernah berlaku dalam masa 60 tahun, 70 tahun kita merdeka. 60, 70 tahun kita (BN) memerintah tak pernah berlaku perkara ini. Jadi inilah yang kita cuba hentikan,” kata Razlan.
Baru-baru ini PAS berkata ia memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan BN pada PRU15 kerana gabungan itu tercemar dengan rasuah.
Hadi berkata Umno juga masih lemah dalam menguatkuasakan Islam di negara ini dan ia terlalu fokus kepada kuasa hinggakan parti itu mahu mengadakan pilihan ray apada masa ini. – 17 Oktober, 2022.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan