Isnin, 17 Oktober 2022

TAHUN DEPAN EKONOMI LAGI TERUK


Dulu potensi Harimau Asia, kini hanya Tikus Asia, kata Mat Sabu


MALAYSIA yang pernah suatu ketika dulu digelar “Harimau Asia” kerana pencapaian ekonominya yang kukuh, sekarang hanyalah “Tikus Asia”, kata Mohamad Sabu.

Presiden Amanah itu berkata situasi dihadapi negara pada masa ini adalah salah rasuah, pengurusan kewangan yang teruk, nilai matawang yang merosot di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Masa saya membesar dulu, Malaysia dipanggil Harimau Asia, sekarang dia paras Tikus Asia saja,” katanya yang mesra dipanggil Mat Sabu pada program Ceramah Mega Muar malam tadi.

Mat Sabu yang juga bekas menteri pertahanan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), antara lain menyebut kos menunaikan haji dan pengalamannya sendiri ke luar negara sebagai contoh betapa teruknya krisis ekonomi dihadapi negara menjejaskan rakyatnya.

“Dulu kos pergi haji tidak semahal macam sekarang.

“Tetapi sebenarnya kos haji tidak naik banyak, cuma nilai ringgit yang merosot, menyebabkan kita terjejas.

“Dulu AS$1,000 nilainya sekitar RM2,500 tetapi sekarang RM4,600.

“Bila saya tukar RM100 kepada riyal Saudi, saya dulu dapat 145 riyal tetapi sekarang dapat hanya 80 riyal bagi nilai sama.

“Ia hampir 50% berkurangan daripada jumlah dulu,” katanya.

Berkongsi pengalamannya ke Singapura baru-baru ini, Mat Sabu berkata beliau terpaksa berjimat cermat, kerana kadar tukaran mata wang terlalu tinggi akibat kemerosotan ringgit.

Beliau menyalahkan ahli politik rasuah di negara ini yang menyebabkan masalah ini, mendakwa mereka “mencuri” wang untuk kepentingan sendiri.

“Kenapa mata wang kita turun? Sebab wang dalam simpanan kita berkurangan.

“Kenapa ia kurang? Kerana hutang negara sekarang meningkat.

“Kenapa hutang kita meningkat? Kerana ada orang curi duit daripada negara kita,” katanya.

Beliau berkata Indeks Persepsi Rasuah (CPI) antara petanda membuktikan rasuah di negara ini masih tinggi. – 17 Oktober, 2022.

PENCURI

MENCURI

AMIN

PAK LEBAI

BERDOA

AMIN

MI SPIK NO

INGLIS

KAH KAH KAH

TAK HABIS HABIS

NAK TANGKAP

KOTE SAJAT

KAH KAH KAH

EKONOMI NEGARA

PUNAH RANAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: