Rabu, 5 Oktober 2022

MAIL BERA DAPAT TEKANAN


PRU15 bila-bila masa, pemimpin Umno diberitahu

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan pada bila-bila masa merupakan antara intipati dibincangkan dalam perjumpaan khas di ibu pejabat Umno hari ini.

Namun, Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak pula menyebut tarikh pembubaran Parllimen.

Mengakui topik PRU15 dibincangkan ketika sesi itu, beliau berkata pemimpin Umno juga difahamkan yang tarikhnya juga semakin hampir.

“Kita bincang pasal pilihan raya. Tarikh belum ditetapkan tetapi (yang pasti) pilihan raya sudah dekat.

“(Perdana menteri) tidak sebut (apa-apa tarikh) tetapi berkata tarikhnya pada bila-bila masa dari sekarang,” katanya ketika ditemui selepas perjumpaan itu.

Terdahulu, Ismail Sabri dan pemimpin parti termasuk presiden Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan bersama lebih 700 perwakilan bahagian dan sayap melibatkan 191 bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya bila Ismail Sabri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Bung Moktar berkata perkara itu tidak disebut pada perjumpaan tersebut.

Sementara itu, ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek mengesahkan perjumpaan hari ini adalah untuk menggesa pemimpin parti bersedia menghadapi PRU15.

“Beliau (perdana menteri) minta semua (jentera parti) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Insya-Allah dengan semangat yang kita tunjukkan, kita bersedia untuk menghadapi kemungkinan PRU pada bila-bila masa,” katanya. – 4 Oktober, 2022.

JELAS

MAIL BERA

KENA TEKAN

KAH KAH KAH

JELAS MAIL BERA

KALAH

KAH KAH KAH

JELAS ZAHID

BERJAYA BUAT

 PRU BANJIR

KAH KAH KAH

KITA WAJIB

SOKONG MAIL BERA

DIA ADA SATU

LAGI TUGAS

AMIN

MAIL BERA

SOSOK TEPAT UNTK

MASUKKAN PRESIDEN

GEROMBOLAN

KE DALAM JIL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: