SPRM buka siasatan surat aku janji calon Umno
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung penularan surat yang dikatakan aku janji calon Umno untuk menyokong presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri, yang tular.
Ketua Pesuruhjayanya SPRM Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya ada menerima laporan berhubung penularan surat aku janji berkenaan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.
“Kami buka kertas siasatan berhubung perkara ini kerana ia merupakan satu kesalahan salah guna kuasa, dikatakan ada calon pilihan raya ini dipaksa tandatangan untuk menyokong seseorang menjadi perdana menteri," katanya kepada Bernama hari ini.
Tular aku janji dengan kepala surat Umno yang memaparkan tandatangan Zahid dan Setiausaha Agung Ahmad Maslan, yang antara lain menyatakan ikrar calon Umno dan Barisan Nasional yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk mencalonkan serta menyokong Zahid sebagai perdana menteri.
Azam berkata SPRM akan memanggil pihak yang berkaitan bagi membantu siasatan kes terbabit.
Beliau berkata antara yang akan dipanggil adalah Shamsul Anuar Nasarah yang namanya disebut dalam aku janji itu.
Sementara itu, setiausaha politik kepada Shamsul, yang juga pengarah komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Azizan Md Zain membuat laporan polis di ibu pejabat polis Dang Wangi hari ini berhubung penularan surat yang dikatakan aku janji itu.
Azizan berkata pihak polis diminta menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes berkenaan kerana surat aku janji itu adalah palsu.
Pasukan undang-undang BN Comms pula membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penularan surat aku janji itu secara dalam talian hari ini.
Setiausaha BN Comms Dazma Shah Daud berkata sebarang penyebaran maklumat BN hanya akan dikeluarkan melalui platform rasmi BN, BN Comms dan Umno Online.
2 ulasan:
Buek la undang² baru sumo ahli politik kono ado kes baru buleh jadi calon. Tak kiro lah kes sakau ko atau apo sajo,janji ado kes. Baru grand. Lopeh tu jangan turun² jadi pemimpin sampai mampuih. Nanti suruh anak beranak ambik alih,mcm roto pesako. Mae apo koba? Ikut laei nasihat orang gilo, padan muka!
Hahaha.....
Woit masa ekonomi teruk jangan bazir kertas, banyak kertas buka tapi tak guna nanti Kang, tolong jangan bazir kertas, nanti kena tebang balak, banjir menyusup jangan susah kan orang kah kah sebab tak percaya ada integrity pun Amin kah kah kah kalau buat lawak lagi elok, orang susah sekarang kena tipu siang malam dengan orang politik Amin kah kah
Catat Ulasan