Selasa, 20 Disember 2022

BERSEDIA BANJIR


Amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor hingga Khamis

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini (22 Disember 2022).

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan sangat lebat berterusan (peringkat  bahaya) dijangka berlaku di Terengganu manakala hujan lebat berterusan (peringkat buruk) di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai serta di Pahang membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Hujan berterusan peringkat waspada diramal berlaku di Gua Musang, Kelantan; Jerantut dan Maran di Pahang serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah pada 23 hingga 24 Disember ini. – Bernama, 20 Disember, 2022.

BERAWAS !

BERSEDIA !

MALAPETAKA

CUACA SAMPAI

KHALAS

Tiada ulasan: