Anwar perlu ambil tindakan terhadap agensi berita asing, kata Hamzah
KETUA Pembangkang Hamzah Zainuddin (Larut-PN) menggesa Anwar Ibrahim supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah agensi berita asing kerana menyiarkan laporan berita menuduh beliau sebagai perdana menteri homoseksual pertama dalam sebuah negara Islam.
Hamzah merujuk kepada laporan berita bertajuk “perdana menteri homoseksual pertama Malaysia” daripada laman web berita Itali yang agak tidak dikenali Agenzia Nova.
Beliau berkata laporan sedemikian menghina perdana menteri dan menggesa tindakan diambil untuk membuktikan tuduhan itu salah.
“Tindakan tegas mesti diambil.
“Kerajaan bertanggungjawab memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa ahli Parlimen Tambun (Anwar) diberikan pengampunan diraja berhubung perkara ini oleh Yang di-Pertuan Agong,” kata Hamzah ketika membahaskan usul kepercayaan di Dewan Rakyat hari ini.
Walau bagaimanapun sebelum Hamzah menyelesaikan hujahnya, kekecohan berlaku apabila ahli Parlimen memintanya untuk berhenti membaca perkara berkenaan homoseksual.
Hamzah meminta ahli Parlimen untuk membenarkan beliau menghabiskan hujahnya.
Ahli Parlimen Larut itu kemudian menegaskan perdana menteri harus mengambil tindakan terhadap mereka yang memfitnahnya.
“Jangan hanya jadi hero kampung. Beliau tidak seharusnya hanya mengambil tindakan terhadap mereka di dalam negara tetapi harus mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita asing itu,” katanya sekali lagi. – 19 Disember, 2022.
2 ulasan:
Woit sebab tu la hanya 11% melayu islam pangkah PH dlm pru 15..kaum nabi luth la tu woittt...kah kah kah...bala demi bala landa malaysia...mula berpuluh mati tertimbus..banjir besar dlm sejarah..sebab tu la hadi dan muhjdin tidak mahu berketuakan peliwat..kah kah kah
lu tak nak cerita ke kisah nuar vs hamzah... kah kah kah
Catat Ulasan