Jangkitan baru catat 513 kes, 1 lagi terkorban
513 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,026,677 kes.
Sebanyak 833 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,977,822.
Ketika ini, 12,002 kes aktif direkodkan di mana 11,349 atau 94.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.
Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 620 (5.2%) kes dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 33 kes dan 15 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Satu kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,853 orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan