Ahad, 1 Januari 2023

SAPA HARAMKAM ARAK ?



Pas tak bunuh, DAP yang akan telan UMNO – Hadi

KUALA LUMPUR – Pas tidak akan menjadi pembunuh kepada parti UMNO seperti yang diuar-uarkan segelintir pihak.

Sebaliknya menurut Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang, sejarah membuktikan parti itu pernah menyelamatkan UMNO dan menjadi rumah tumpangan terhadap pemimpin yang disingkirkan parti itu.

“Pas dan parti-parti komponen dalam PN tidak akan ‘membunuh’ UMNO sepertimana yang diiklankan oleh segelintir pemimpin yang hanya melompat ke pokok yang dilihat akan buahnya sahaja, laksana kera yang kelaparan.

“Sejarah secara berulang kali telah membuktikan Pas bersama UMNO ketika bermulanya perjuangan kemerdekaan lagi khususnya bagi menyelamatkan keadaan ketika berlakunya darurat Komunis.

“Apabila Pas menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sewaktu berlakunya peristiwa 13 Mei 1969,” kata Abdul Hadi.

Sebaliknya Ahli Parlimen Marang itu mendakwa DAP yang menjadi rakan sekutu UMNO dalam kerajaan sekaranya yang akan menelan parti itu.

Abdul Hadi mendakwa, situasi yang dihadapi oleh UMNO ketika ini sama seperti mana yang pernah berlaku di Singapura.

“Sebaliknya, dalil tidak mustahil DAP ‘menelan’ UMNO sepertimana sejarah berlaku di Singapura, apabila UMNO ketika itu ditelan oleh PAP yang kemudiannya telah melahirkan DAP.

“Sejarah juga membuktikan Pas banyak membantu UMNO dan dakwaan akan ‘membunuh’ UMNO jika kerjasama antara dua parti itu dilakukan adalah tidak benar serta mengarut.

“Sesiapa yang kata bahawa Pas nak bunuh UMNO, tanya dulu siapakah yang bunuh UMNO di Singapura dahulu? Jawapannya ialah PAP (People Action Party) bukan Pas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan UMNO mengenai percaturan yang dibuat dengan memilih untuk bekerjasama dengan DAP yang menurut Abdul Hadi akan merugikan orang Melayu dan Islam.

Katanya, Pas yang pernah bekerjasama dengan DAP akhirnya terpaksa menolak parti itu kerana menentang perjuangan Islam yang dibawa olehnya.

Penentangan yang dilakukan oleh DAP, katanya, termasuk menghalang dan mengkritik usaha Pas untuk mengharamkan arak kepada orang Islam sekali pun ia diizinkan kepada orang bukan Islam.

Selain itu, DAP dakwa beliau, menentang keras pelaksanaan syariat di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pas walaupun ia hanya dilaksanakan ke atas penganut Islam sahaja.

“Ada orang kata mengapa dahulu Pas berkawan dengan DAP, maka jawabnya, dahulu kita berkawan dengan DAP berkonsepkan tahaluf siyasi yang membolehkan kita menentang kezaliman dan penyelewengan atas titik persamaan.

“Akan tetapi DAP tidak menghormati konsep adanya perbezaan apabila mereka menentang Islam, malah menentang dasar-dasar dan perjuangan Pas. Bahkan, secara terbuka mereka membela orang Islam yang murtad,” dakwa Abdul Hadi.

Abdul Hadi berkata, Pas bukan hendak berlagak mengajar itik yang pandai berenang tetapi bertanggungjawab bagi menyelamatkan itik yang dihalau oleh tuannya yang hanya ingin menyembelih tanpa membiarkannya membiak.-

WOIT

KAH KAH KAH

SAPA YANG

HARAMKAN ARAK

KAH KAH KAH

AGAMA ISLAM KE

ATAU

PARTI PAS ?

KAH KAH KAH

APAKAH SHAHIDAN

KERA LAPAR

KAH KAH KAH

INI SATU LAGI

PUNAT HADI

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro..kalo lu ada belajar ilmu2 tauhid yg kritikal, lu ada dgr satu ayat yakni apabila sampai suatu tahap yg tinggi maka yg haram itu menjadi halal la bagi kamu.ayat ni ramai yg guna terutama ahli2 agama islam yg mahir dan hafaz segala kitab.cthnya bila rasuah yg haram itu mejadi halal bagi mrk kerana mrk ada nas2 bukti dalil2 yg bole digunakan utk menghalalkan yg haram. seperti majlis syura PAS, bole menhalal dan mengharamkan sesuatu perkara mengikut keperluan mereka. dan haji hadi pernah bersabda yakni wajib berbohong demi kemaslahatan..mrk fikir sekonyong2nya tuhan itu seperti mereka. mrk berfantasi dgn wang hasil penipuan itu bole membeli syurga.sekiranya tidak bole membeli syurga maka mereka membina syurga mereka sendiri.seramai mana yg menyokong seramai itu la dosa yg ketua2 atau tok guru ini tanggung.

Tanpa Nama berkata...

Kita setuju dakwah Hj Bawang tetapi adakah PAS parti syumul seperti dikatakan semua? Adakah ahli PAS hebat semua? Kah kah kah mana mana parti pun bukan hebat tetapi apa dasar, apa peranan, apa matlamat kena jelas, kawah gelombang tahi pun PAS sokong dulu, apa beza dulu dan sekarang? Cuba lihat negeri perintahan PAS dan DAP Komunis? Setiap kali banjir pun siapa hantar makanan bekalan bantuan? Arab Saudi atau negeri konon kafir? Siapa bantu bina negara? Arab Saudi atau negeri kafir? Siapa Arab Saudi kawan sekarang? Yahudi atau negara Kelantan Terengganu? Kah kah kah cermin diri wahai ularmak Amin kah kah jangan sampai meludah muka nanti woit