Gempa bumi kuat di Sumatera, gegaran dirasai di Lembah Klang
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 berlaku di utara Sumatera, Indonesia pada jam 6.30 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 1.8° Utara dan 97.8° timur dengan kedalaman 60 kilometer (km), iaitu 64km utara dari Nias,Indonesia.
Gempa itu menyebabkan gegaran dirasai di sekitar Lembah Klang.
Menurutnya, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia tetapi Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan