Isnin, 27 Februari 2023

NAJIB AKAN DI BEBAS ? MENGOLAH PERSETUJUAN SEDANG BERJALAN


Permohonan Najib singkir Tengku Maimun tiada merit, kata Sithambaram

TIADA merit dalam hujah peguam bela Najib Razak dalam permohonan untuk menyingkirkan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat daripada mempengerusikan prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu, kata Pendakwa Raya V Sithambaram.

Hantaran yang dimuat naik oleh suami Tengku Maimun, Zamani Ibrahim di Facebook mengenai Najib pada 2018 tidak akan mempengaruhi ketua hakim itu mengetuai prosiding tersebut kerana ia tiada kaitan langsung dengan sabitan dalam kes SRC.

“Mereka (peguam bela) kata hantaran di Facebook itu mungkin akan mempengaruhi hakim (Tengku Maimun).

“Hakikatnya SRC adalah syarikat bebas berkaitan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan.

“Tidak mungkin hantaran tersebut akan mempengaruhi pemikiran ketua hakim negara membicarakan kes,” kata Sithambaram di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Hari ini masuk hari kelima Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan Najib menyemak semula keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Tengku Maimun pada 23 Ogos tahun lalu, yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda yang dijatuhkan ke atas bekas perdana menteri itu dalam kes rasuah membabitkan dana RM42 juta SRC International .

Permohonan dikemukakan pada saat akhir sebelum panel hakim Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan akhir Najib. 

Tengku Maimun ketika menolak permohonan Najib untuk menyingkirkan beliau ketika itu berkata mahkamah mendapati permohonan itu gagal menunjukkan kaitan hantaran Facebook oleh suaminya dan kes SRC. 

“Tindakan menggugurkan seorang hakim adalah bahaya sebenar berlakunya berat sebelah. Pada pendapat saya, ujian berhubung perkara ini belum dibuktikan. Hantaran Facebook oleh suami saya tidak terjumlah kepada bahaya sebenar berlakunya berat sebelah,” katanya.

Hantaran Zamani di Facebook adalah berkenaan kekalahan Barisan Nasional ketika itu di bawah pimpinan Najib dalam pilihan raya umum 2018. – 27 Februari 2023. 

PROJEK BEBAS

NAJIB SEDANG 

BERJALAN

AMIN

INI YG KITA BACA

YG KITA LIHAT

AMIN

RANCANGAN DLM

GELAP KITA TAK

TAHU

AMIN

JANJI & RUNDING

CAKAP & LABON

SEMUA ADA

AMIN

KITA LIHAT INI

PROJEK MENGOLAH

PERSETUJUAN

MENYEDIAKAN

SUASANA UNTUK

NAJIB  ROSMAH

DI BEBASKAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin berlaku mungkin tidak, apa pun siapa Cui Bono? Apa keuntungan kepada kita? Siapa untung siapa rugi? Kapitalis menang atau siapa? Akhirnya dunia milik kapitalis yang kira untung untung saja, menu Rahmah pun boleh untung, apa kan pulak menu nasi kandar Mamu, kah kah kah semua nak untung tapi selalu rugi ialah rakyat, bukan yang terima bantuan bantuan setiap masa, tetapi yang bayar cukai kiri kanan atas bawah kah kah kah