Isnin, 27 Februari 2023

PENCURI HANTAR SURAT PADA PENYAMUN


BN serah surat tuntutan pada Muhyiddin, Azmin kerana tuduhan terhadap Zahid


BARISAN Nasional (BN) menyerahkan surat tuntutan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Azmin Ali kerana mendakwa Ahmad Zahid Hamidi dalang dalam penahanan Wan Saiful Wan Jan.

BN menuntut dua pemimpin PN itu membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan dibuat terhadap Zahid yang juga pengerusi BN dan presiden Umno.

“Zahid tidak pernah menyalahgunakan kedudukannya untuk membuatkan pemimpin PN didakwa.

“Fokus timbalan perdana menteri pada masa ini adalah menguruskan hal ehwal negara,” kata BN dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, Muhyiddin memberitahu media pendakwaan dikenakan terhadap pemimpin dalam partinya didalangi Zahid dalam usaha untuk melemahkan gabungan itu.

Ia susulan pendakwaan kes rasuah dikenakan terhadap Wan Saiful yang juga ketua penerangan Bersatu.

Turut didakwa ialah Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad atas tuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa.

Muhyiddin berkata pendakwaan terhadap Wan Saiful adalah “pendakwaan terpilih”, dan partinya menjadi sasaran “pihak tertentu”.

BN turut mendesak Muhyiddin dan Azmin membayar ganti rugi kerana menjejaskan imej mereka. – 27 Februari, 2023.

WOIT

INI DAH GILA

KAH KAH KAH

PENCURI HANTAR

SURAT PADA

PENYAMUN

KAH KAH KAH

PENCURI

MINTA PENYAMUN

JANGAN MENYAMUN

KAH KAH KAH

INI MACAM NAJIB

TULIS SURAT PADA

ROSMAH JANGAN

AMBIL RASUAH

KAH KAH KAH

DUNIA JADI

LAWAK GODANG

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: