'Normal' pembangkang jatuhkan kerajaan, kata Hadi
PEMBANGKANG mempunyai hak untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, bukan hanya melalui pilihan raya tetapi melalui Parlimen, kata Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS itu berkata tiada siapa boleh menghalang pembangkang daripada berbuat demikian dan tindakan menjatuhkan kerajaan dilakukan di banyak negara, menyebutnya sebagai amalan biasa dalam demokrasi.
Hadi memberitahu pemberita di Parlimen di Kuala Lumpur yang pembangkang sedang berusaha untuk merampas semula Putrajaya “bukan sahaja melalui pilihan raya tetapi juga melalui Parlimen”, sambil menambah ia amalan biasa dalam negara demokrasi.
“Ia biasa dalam politik. Undi tidak percata, mengumpul akuan bersumpah atau penyokong kerajaan yang tidak berpuas hati. Kita melihat ada tanda-tanda yang menunjukkan dalam kerajaan campuran yang ada ini perasaan tidak puas hati bersama-sama komponen sendiri, ada berlaku,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Diminta mengulas mengenai pemimpin Bersatu yang mahu kekal dalam pembangkang, ahli Parlimen Marang itu berkata pendirian mereka boleh berubah dengan cepat.
“Dinamik dalam politik boleh mengubah apa sahaja,” katanya.
Hadi juga mempertahankan ramalannya yang kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.
“Itu satu kenyataan politik dan biasa berlaku dalam politik, undi tidak percaya dan dapatkan SD (akuan bersumpah), penyokong kerajaan berpaling tadah itu berlaku,” kata Hadi. – 6 Mac, 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan