Isnin, 6 Mac 2023

ZAHID TIDAK TIPU



Umno sedia terbit surat kelulusan RoS, kata Zahid

UMNO akan menerbitkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang meluluskan usul tambahan parti itu supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan tahun ini.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan meminta setiausaha agung parti Ahmad Maslan berbuat demikian untuk makluman kepada semua ahli.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata penerbitan surat itu diharap dapat menamatkan polemik berkaitan usul yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung Umno 2022 pada Januari lalu.

“Itu satu tanda noktah Perhimpunan Agung Umno adalah badan tertinggi Umno dan peraturan sudah diikuti, perlembagaan juga dipatuhi maka noktah ini adalah penamat dan kita tutup buku untuk mempolemikkan apa-apa isu mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan calon Pemilihan Umno 2023-2026 peringkat Kedah dan Perlis yang turut dihadiri timbalan presiden Mohamad Hasan.

Semalam, beliau memaklumkan Umno menerima surat daripada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengenai keputusan RoS pada Jumaat.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dilapor meminta Zahid menunjukkan surat daripada RoS berikutan polemik status usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Umno 2022.

Terdahulu, ketika berucap, Zahid meminta kepimpinan Umno agar tidak cuba menjatuhkan kerajaan perpaduan bagi memastikan parti itu terus relevan dan kuat supaya diterima semula oleh masyarakat terutama menjelang pilihan raya di enam negeri.

“Kerajaan perpaduan dan kerajaan Madani perlu dipertahan manakala semua yang akan memimpin Umno di peringkat Majlis Tertinggi Wanita, Pemuda dan Puteri perlu berada dalam satu pasukan bagi memastikan kita tidak tergugat.

“Kita tidak mahu ada elemen luar masuk kerana terdapat beberapa perancangan yang ingin menggugat dan menjatuhkan kepimpinan serta kerajaan sedia ada,” katanya.

Beliau turut mengingatkan perwakilan yang mengundi pada pemilihan parti supaya memilih calon yang boleh memperkukuh Umno dan tidak mempunyai agenda untuk mewujudkan kabilah berlainan dalam parti.

“Kita meraikan kepelbagaian pendapat tetapi parti tidak lagi mampu mempunyai kabilah yang berbeza atas tujuan yang berbeza,” katanya. – Bernama, 5 Mac, 2023.

WOIT

ZAHID ADA

BUKTI

KAH KAH KAH

ZAHID TIDAK

TIPU

KAH KAH KAH

SEMUA TUNGGU

NAK LIHAT SURAT

JAWAPAN ROS

KAH KAH KAH

JENG JENG JENG

KHALAS

1 ulasan:

Ricesaffron@gmail.com berkata...

Hayyy TT lu tau kan org putih cakap " you scratch my back and l'll scrach you back"
Zahid dgn Nuar ni kalau main main garuk garuk tapi dua dua belakang ni berkurap teruk,, tt tolong cari minyak 3 senapang atau acid getab simbah kan belakang dua org ni