Najib, Arul Kanda bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Najib Razak dan Arul Kanda dalam kes pindaan laporan audit 1MDB.
Hakim Zani Mazlan dalam keputusannya berkata pihak pendakwa gagal mewujudkan kes prima facie terhadap Najib di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Bekas perdana menteri itu didakwa pada 12 Disember 2018, menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Pengauditan Akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan