HARI KE TIGA
SABTU 25/3/2023
KITA MASUK KE HARI KE TIGA
BERPUASA
MALAM TADI
ANAK BULAN MUNCUL
DISEBELAHNYA ADA BINTANG
AH!
ALAM YANG INDAH
HARGA MAKANAN !!!
GUA BELUM MASUK
KE BAZAR RAMADAN LAGI
DARI KAWAN YANG
BERSEMBANG KETIKA
MAKAN MALAM
GUA DIBERI TAHU
NASI BERLAUK
DAH NAIK 10RM
MURTABAK NAIK 6RM
GULAI IKAN DAH NAIK 8RM
GUA FAHAM
TUAN GERAI JUGA
MEMBELI BARANG YANG MAHAL
UNTUK MENYEDIAKAN JUADAH
DARI APA YANG GUA DENGAR
HOTEL PULA MENURUNKAN
BUFET BERBUKA PUASA
UNTUK TERUS MENARIK
PELANGGAN
AMIN
HAITI
PULAU KECIL DI SEBELAH AMERIKA
MASIH KACAU
KERAJAAN DAH RUNTUH
HARI INI HAITI
DI KAWAL OLEH BEBERAPA
KUMPULAN SAMSENG
TIDAK ADA KERAJAAN
MAKA SAMSENG JADI RAJA
UK
KAH KAH KAH
CHARLIE DAN GUDEKNYA
NAK MELAWAT FRANCE
KAH KAH KAH
KUNUN NAK BUAT HUBUNGAN
LEPAS BREXIT
KAH KAH KAH
DI FRANCE
RAKYAT SEDANG BANGUN
BERONTAK LAWAN
PRESIDEN MACRON
KAH KAH KAH
CHARLI BATAL
LAWATAN RESMI
KAH KAH KAH
TAKUT KEPALA KENA PENGGAL
MACAM LOIUSE KE 16
KAH KAH KAH
U.S.A
BANK & DUIT
KRISIS BANK MAKIN MEREBAK
KRISIS INI AKAN MELARAT
MALAH BELUM DILIHAT
JALAN KELUAR
BUNGA PINJAMAN TERUS NAIK
FEDERAL RESERVE
BANK NEGARA AMERIKA
TERUS MENCETAK DOLAR
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI SIBUK
GUA IKUT JALAN BARU
JALAN BIASA GUA
PENUH
DENGAN KERETA
KELUARGA DATANG
SEMBAHYANG KUBUR
ADA MEMBAKAR
ADA MENABUR DUIT SYURGA
MERCUN DIBAKAR
MENJADIKAN TAK TAK TAKUT
TELINGA TAK TAK & EZI
AMAT SENSITIF PADA
BUNYI LETUPAN MERCUN
TAPI
HOW WOW
MASIH BERSUARA
KUAT DAN MENDAYU DAYU
BURUNG INI TIDAK
TERGANGGU OLEH
KERETA DAN ORANG RAMAI
HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN GUA
GUA NAK LIHAT
HARGA BAHAN MAKANAN
NAIK PASTI NAIK
TAPI NAIK BERAPA $$$
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
KITA BERPUASA
DENGAN HATI GEMBIRA
BRO
ADA ORANG TAK SEDAR
NILAI NIKMAT PADA SAAT
IANYA SAMPAI
BILA DAH TERLEPAS BARU
SEDAR
BRO
IKHLAS ITU MEMBERSIHKAN
PANCA INDERA
SECARA LAHIR DAN BATIN
DARI AKHLAK TERCELA
BRO
LU JANGAN RAPAT DENGAN
KAKI PUTAR
DIA AKAN TIPU LU
DIA MENDEKATKAN SATU JAUH
DAN MENJAUHKAN SATU
YANG DEKAT DARI LU
BRO
BUKA KAN TIRAI
HATI LU
BIAR DILIHAT
WAJAH LU
BRO
TIDAK ADA PUJA PUJI
UNTUK INI DAN ITU
SEMUA PUJA DAN PUJI
UNTUK PENCERAHAN
BRO
JIKA LU TAK PERNAH
BERDUKA
MAKA LU TIDAK AKAN
TAHU APA PENAWAR DUKA
BRO
RODA PEMUTAR LANGIT INI
DI GERAKAN OLEH
GELOMBANG CINTA
KALAU TIDAK KERANA CINTA
ALAM SEMESTA INI
AKAN MEMBEKU
BRO
BILA MENERIMA
KITA BERSYUKUR
BILA TERHILANG
KITA BERSABAR
BRO
IKUTILAH
ORANG YANG TAK MINTA
APA BALASAN
TAK INGIN BERTAMBAH KAYA
ATAU TAKUT RUGI
TAK PEDULI APA ORANG LAIN KATA
SOSOK INI SOSOK MERDEKA
BRO
TAK KIRA BERAPA BANYAK
BAHASA YANG LU KUASAI
YANG MEMBUATKAN LU BERHARGA
IALAH PENGUASAAN LU
TERHADAP BAHASA HATI
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERPUASA
1 ulasan:
Jangan silap, saya pernah tengok kertas duit yang dibakar di kubur Cina, setahu saya ianya bertulis Hell Notes bukan Heaven Notes Bro. Tolong semak betulkan saya apa pun wang masih boleh dikirim melalui bakaran kepercayaan mereka tidak salah cuma jangan buat pembakaran luar secara tidak terkawal sudah amin, apa pun setiap kepercayaan ada nikmat ada duka kah kah kah
Catat Ulasan