Rabu, 29 Mac 2023

SIKAP YANG BETUL


Kita tidak boleh sekat, halang siasatan SPRM- Salahuddin

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) khususnya bahagian penguatkuasaannya mengakui tidak terlepas daripada risiko integriti apabila berada di lapangan.

Menterinya,  Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tidak akan menghalang mana-mana anggota penguatkuasanya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika didapati terlibat dengan rasuah.

“Kita badan-badan penguatkuasaan (KPDN) sememangnya terdedah kepada elemen-elemen itu.

“Tetapi kita seboleh mungkin mesti menjaga integriti masing-masing.

“Sekiranya berlaku isu-isu berkaitan dengan integriti, kita tidak boleh menyekat atau menghalang apa pun siasatan sama ada daripada SPRM atau polis,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Isnin lalu, Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya berkata, tahap korupsi membabitkan anggota penguatkuasa sebagai barisan hadapan keselamatan negara semakin kronik dan membimbangkan.

Ahmad Khusairi berkata situasi kebanjiran pendatang asing tanpa izin, pekerja dan pelajar asing di negara ini dilihat sebagai peluang besar kepada segelintir penguatkuasa yang tidak berintegriti untuk mengambil kesempatan mengambil rasuah.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, pihaknya sentiasa terbuka dan sedia memberi kerjasama jika isu integriti timbul melibatkan anggota penguatkuasanya.

“Kita sebenarnya sentiasa memberikan halatuju yang jelas bahawa kita mesti mengambil kira dan memastikan integriti dijaga sebaiknya

“Kita terbuka untuk mengizinkan (disiasat). Mereka mempunyai kuasa untuk melakukan penyiasatan.

“KPDN sentiasa mengamalkan integriti, disiplin dan kitacuba yang terbaik bagi memastikan tidak berlakunya amalan rasuah yang tidak kita ingini,” katanya lagi. 

MAT KOPRAL

TOK SAJAN

INI PAU NAMANYA

AMIN

BAHAYA MEMANG

BAHAYA 

AMIN

YG PALING BAHAYA

YG RASUAH JUTA2

BILION BILION $$$

AMIN

TOK  MENTERI

SU  TKSU KSN

PEGAWAI TINGGI

INI YG WAJIB

DI TANGKAP

AMIN

BILA KEPALA

DAH BERSIH

EKOR AKAN

SENDIRI BERSIH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: