Selasa, 4 April 2023

PASAI APAK MINTA TANGGUIH



Anwar minta tempoh sampai 17 April jawab tuntutan Dr Mahathir

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim memohon lanjutan masa untuk menjawab tuntutan Dr Mahathir Mohamad terhadap kenyataannya yang mendakwa bekas perdana menteri antara lain membawa duit ke luar negara secara salah.

Surat tuntutan Dr Mahathir kepada Anwar yang diserahkan pada 27 Mac memberikan masa tujuh hari untuk dibalas, iaitu semalam.

Peguam Rafique Rashid yang mewakili Dr Mahathir berkata Anwar meminta masa sehingga 17 April ini.

“Anak guam kami tiada halangan kepada permintaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dr Mahathir menuntut Anwar menarik balik kenyataan yang dibuatnya semasa berucap di Kongres Nasional Khas PKR baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Anwar antara lain mendakwa Dr Mahathir mengeluh mengenai nasib orang Melayu hanya setelah beliau hilang kuasa.

“Ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham”.

“Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu. Untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat,” kata Anwar.

Dr Mahathir menegaskan beliau adalah orang yang dimaksudkan Anwar dalam ucapannya itu.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana presiden PKR itu sekarang perdana menteri.

“Sebagai perdana menteri beliau ada tanggungjawab… tak boleh buat tuduhan begitu saja tanpa bukti jelas,” tambahnya.

Dr Mahathir menegaskan kenyataan Anwar berbaur fitnah.

Beliau menuntut Anwar membuktikan kenyataannya atau meminta maaf. – 4 April, 2023.

PASAI APAK

MINTAK TANGGUH

KAH KAH KAH

CARI FAIL LAMA

CARI SURAT LAMA

KAH KAH KAH

TAK MENGAPA

SATU MALAYSIA

SANGGUP TUNGGU

KAH KAH KAH

ANWAR TIBAI

MADEY

AMIN

MADEY TIBAI

ANWAR

AMIN

YANG UNTUNG

HADI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Udah 25 tahun atok duk mintak bukti,Selama 25 tahun gak le Anwar duk ulang tuduh atok. Patut2 ari nie atok mintak semalam lg Anwar dah bg bukti. Kalau 25 tahun pun xde usahkan 2 mggu. Kalau queen 25 tahun dah sambut silver jubilee