Selasa, 4 April 2023

SELAIN DARI WARTAWAN PERANG - INI KERJA PALING BAHAYA


112 penghantar makanan meninggal dunia akibat kemalangan, kata menteri


Menteri Pengangkutan Anthony Loke mendedahkan seramai 112 penunggang p-hailing maut dari tahun 2018 hingga Mei tahun lalu.

Katanya, jumlah itu daripada 1,242 kemalangan membabitkan golongan tersebut.

"112 'rider' mati atas jalan raya, satu angka yang sangat besar. 82 kecederaan parah dan 1,048 kecederaan ringan yang dicatatkan. 

"Sudah tentu kita ingin mengawal selia supaya keselamatan adik-adik 'rider' terjamin," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

P-hailing merujuk kepada perkhidmatan menghantar makanan.

Loke membentangkan tiga Rang Undang-undang (RUU) pindaan akta bertujuan mengawal selia komuniti p-hailing.

RUU itu ialah RUU Pengangkutan Jalan (pindaan) 2023, RUU Pengangkutan Awam Darat dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan.

Antara isu yang dibahaskan ialah kebajikan penunggang p-hailing berkaitan pembayaran upah dan perlindungan, selain permohonan lesen vokasional. 

Katanya, kebajikan pekerja sektor ekonomi gig akan diperjuangkan oleh kerajaan namun perlu memastikan kawal selia tidak terlalu ketat bagi membenarkan sektor itu boleh berkembang.

"Hubungan rider dengan syarikatnya bukan majikan dan pekerja.

“Mereka ialah partners (rakan kongsi).

"Di seluruh dunia, ekonomi gig masih dalam proses ditambah baik dan diberikan pelindungan kepada penunggang," katanya.

WOIT

BERITA 

 MEMERANJATKAN

AMIN

TAK SANGKA

INI KERJA BAHAYA

AMIN

LEBIH BAHAYA

DARI WARTAWAN

MEDAN PERANG

AMIN

MEREKA ADA

INSUARN ATAU

MATI KATAK

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka jarang ikut peraturan jalan Raya, lampu merah pun redah demi sesuap nasi, begitu lah keadaan, nak cepat nak pantas supaya dapat hantar barangan cepat, nak banyak trip tapi membahayakan orang lain, motorsikal selalu tak ada insurance jaga jaga kalau langgar motorsikal kena claim insurance orang lain ianya kereta, ramai tak tahu hal ini, kah kah kah, jadi berhati hati kalau nampak rider mana mana, biar mereka lalu biar mereka potong biar mereka laju tak payah berlumba kalau nyawa hilang kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

TT, apa nak hairan, kadang kadang mereka sendiri yang cari nahas, kerap kali boleh dilihat lampu merahpun mereka redah, kebanyakannya tidak mematuhi peraturan daln undang undag jalan raya