12,380 PATI dihantar pulang sejak 1 Januari lalu – Ruslin
NIBONG TEBAL – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menghantar seramai 12,380 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal masing-masing sejak 1 Januari tahun ini sehingga Rabu lalu.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, daripada jumlah itu, seramai 9,606 orang adalah tahanan lelaki manakala 2,774 tahanan wanita.
Jelas beliau, kebanyakan mereka yang dihantar pulang terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan Myanmar.
.
“Urusan pengusiran PATI ini dilakukan dengan kerjasama pihak kedutaan negara asal mereka dan proses penghantaran pulang selalunya memakan masa antara dua minggu hingga enam bulan.
“Selain itu, terdapat tiga kategori tahanan yang ditempatkan di depot Imigresen iaitu banduan asing tamat hukuman penjara dan menunggu untuk dihantar pulang, mereka yang masih dalam siasatan atas kesalahan melanggar Akta Akta Imigresen.
“Selain itu, tahanan warga asing yang diserahkan oleh agensi penguatkuasa lain antaranya Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan lain-lain untuk tindakan pengusiran,” katanya pada sidang media hari ini.
Terdahulu, Ruslin menghadiri Majlis Penutupan Pengoperasian Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap.
Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap mula beroperasi pada 15 Februari 2021 dan dengan penutupan hari ini ia diserahkan semula kepada pemilik iaitu Syarikat Sri Impian Holidays and Recreation Sdn Bhd.
Kata Ruslin, terdapat 21 depot di seluruh negara yang mana tiga adalah depot sementara dan 18 depot kekal.
Jelas beliau, Depot Sungai Bakap disewa bagi membantu Imigresen dalam mengatasi penularan wabak Covid-19 serta kesesakan tahanan di depot seluruh Malaysia.
“Tiada proses pengusiran dilaksanakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebab itu depot sementara ini dibuka.
“Selepas pengusiran tahanan-tahanan di 21 depot seluruh negara kita dapati kapasiti depot ketika ini hanya 11,650 orang berbanding kapasiti sebenar iaitu 21,150.
“Jadi, kita ambil keputusan untuk menutup operasi Depot Sungai Bakap manakala dua depot sementara lain, kita belum buat keputusan lagi,” katanya.
Dalam perkembangan lain Ruslin berkata, seramai 27,572 majikan dan 322,182 PATI telah memohon Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) setakat semalam. –
1 ulasan:
Pendatang haram ye .. apa cerita dgn Zahid Totok yg nak bawak masok 1-2juta ekor Bangla.
Org ckp WIN-WIN .. yg dapat kontrak bawak masok Bangla masyuk biliyun-biliyun.. pompuan Melayu dapat batang yg lebey panjang ..
Catat Ulasan