Rabu, 3 Mei 2023

DAP MAHU NAJIB TERUS DI PENJARA


Pengampunan Najib mungkin ‘redline’ akar umbi DAP, kata Kian Ming

PETALING JAYA: Bendahari DAP Selangor Ong Kian Ming berkata, satu perkara yang mungkin tidak akan dikompromi oleh akar umbi parti itu dalam kerajaan perpaduan adalah pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak atas sabitan rasuahnya.

Ong berkata, akar umbi DAP masih boleh menerima lantikan politik dalam syarikat mahupun agensi kerajaan apabila ahli parti sendiri yang dilantik.

“Bagaimanapun, kalau kerajaan perpaduan membenarkan pengampunan diberikan kepada ‘Bossku’ (Najib), saya rasa itu akan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin DAP.

“Saya rasa ‘redline’ itu adalah kebebasan ‘Bossku’,” kata bekas Ahli Parlimen Bangi itu dalam podcast “Keluar Sekejap bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan” yang dimuat naik hari ini.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan RM42 juta dana SRC.

Minggu lalu, Presiden Umno Zahid Hamidi menggesa semua pihak berhenti memberikan komen tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas perdana menteri itu.

Dalam pada itu, menjawab mengenai kemungkinan DAP terus didominasi undian Cina selama-lamanya, Ong berkata tiada jaminan mengenai perkara itu kerana sukar untuk meramalkan politik tempatan.

“Kalau sebelum PRU15 saya bagi tahu KJ (Khairy), Barisan Nasional (BN) akan memenangi hanya 30 kerusi dalam PRU nanti, adakah anda percaya?

“Tiada siapa yang terfikir Umno akan menang 26 kerusi dalam pilihan raya. Sama juga kepada Pakatan Harapan dan DAP,” katanya.

WAJIB SOKONG

 DASAR

DAP YANG BETUL

AMIN

NAJIB WAJIB

TERUS DALAM 

PENJARA

AMIN

PENYOKONG DAP

AKAN TUNJUK

BELANG BILA 

NAJIB DI BEBAS

AMIN

CARA TUNJUK

BELANG IALAH 

TAK KELUAR

 MENGUNDI DI PRN

6 NEGERI YANG

AKAN DATANG

AMIN

SELANGOR AKAN

TUMBANG

KHALAS

Tiada ulasan: