Rabu, 31 Mei 2023

DASAR BIJAK


Malaysia perlu kekalkan dasar berkecuali, elak terperangkap – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Dasar luar negara berpaksikan kepada pegangan bebas dan berkecuali, tanpa memihak kepada kuasa lain untuk mengelakkan Malaysia daripada terperangkap antara kuasa-kuasa besar dunia.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, dasar yang dipelopori Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bermula dengan hubungan dua hala Malaysia-Beijing perlu dipertahankan.

“Kita berterima kasih Allahyarham Tun Razak mempunyai fikiran yang futuristik, dia yang memulakan hubungan dengan Beijing pada 1974.

“Kita tengok geopolitik sekarang berubah dan Malaysia Alhamdulillah hubungan terbesar sekarang perdagangan kita ialah China diikuti negara-negara barat lain yang kita kena kekal sebagai negara berkecuali.

“Malaysia kena kekalkan dasar berkecuali, walaupun kita agak rapat dengan China dari sudut ekonomi, tapi rakan Amerika, Britain, Jepun dan semuanya kena kekal,” katanya kepada  di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menjadi penal dalam Bicara Buku Juang Mat Sabu sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023.

Dalam pada itu, buku bertajuk Juang hasil nukilan Mohamad yang juga Presiden Amanah itu sendiri antara lain banyak mengupas soal geopolitik negara-negara Islam khususnya di Timur Tengah.

“Tumpuan utama saya ialah tentang Islam yang terperangkap dalam takfiri yang memusnahkan negara umat Islam dan juga peralihan kuasa yang sedang berlaku.

“Minat saya mengenai soal geopolitik ini sudah lama dan sekarang nampaknya ia menjadi realiti.

“Kemunculan China, Rusia dan negara yang disekat paling teruk iaitu Iran sedang muncul dengan teknologi yang cukup hebat di negara mereka.

“Rupanya negeri yang nak maju ini dia kena sekat, rakyat kena berusaha macam China yang disekat juga di peringkat awal dan diboikot diplomatik sehingga mereka mengiktiraf Taiwan,” jelasnya.

Tambahnya, Malaysia tidak akan sesekali terperangkap dengan mana-mana blok kuasa dunia yang sebelum terbukti menyebabkan kehancuran dan kemusnahan negara.

“Amerika dan negara Barat nak timbulkan provokasi dengan negara di sebelah sini (Asia) untuk bermasalah dengan China.

“Kita tahu tabiat Amerika, dia berperang di Vietnam, lepas itu dia balik, dia tinggalkan orang cacat dekat 1 juta orang dan kemiskinan.

“Di Iraq, dia masuk berperang di mana 700,000 orang awam terbunuh, lepas itu dia balik, apa yang tinggal di Iraq, kemiskinan dan kehancuran.

“Begitu juga di Libya, Nato masuk dan sebagainya meninggalkan kesusahan dan kemiskinan.

“Kita harap kita tak terperangkap dan memihak kepada mana-mana blok tapi kita lebih bersikap berkecuali yang diasaskan sejak zaman Tun Abdul Razak lagi perlu kita ketengahkan, kalau kita nak terus maju pada masa hadapan,” katanya. –

MAT SABU

KATA BENAR

AMIN

KITA WAJIB

BERKECUALI

AMIN

TAPI CHINA

MERAH JANGAN

MASUK POLITIK

CHINA MELAYU

DI TANAH MELAYU

AMIN

CHINA MERAH

PULANGKAN 

JO LO

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: