Kit Siang nafi jemput Pas sertai Kerajaan Perpaduan
KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin tersilap apabila mengatakan beliau yang terlebih dahulu menjemput parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan.
Menurut beliau, maksud kenyataannya pada 18 Mei lalu adalah merujuk kepada cadangan kerjasama antara kerajaan negeri pimpinan Pas dan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu air dan kekurangan pembangunan yang berlanjutan selama 60 tahun di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
“Tiada siapa ajak Pas”
KUALA LUMPUR – Penasihat Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai berkata, tiada sesiapa yang mengajak Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata, DAP juga akan menjadi parti pertama yang membantah kemasukan Pas dalam Kerajaan Perpaduan dan perkara itu merupakan sesuatu yang tidak boleh dikompromi.
“Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata terdapat orang dari Kerajaan Perpaduan yang mengajak mereka untuk turut serta.
“Ini cakap besar. Kerajaan Perpaduan tidak akan mungkin mengajak satu parti yang mencadangkan kerajaan Islam dalam Kerajaan Perpaduan.
“Kami mahu laksanakan Malaysia Madani, mahu bersederhana, bersifat terbuka, berinovasi dan berwawasan. Tiada tempat untuk Pas,” katanya seperti dipetik Kwong Wah Yit Poh selepas menghadiri satu program pertubuhan etnik Cina di Selangor.
1 ulasan:
gua teringat bila jumpa keling ngan cina masa pas ngan dap geng... setiap masa ini keling sama ini cina.. mulut hanya puji PAS ... kah kah kah
Catat Ulasan