Isnin, 8 Mei 2023

RAFIZI DITIMPA BODOH



Rafizi nampak bodoh mengejut ulas isu OPR – Razali

KUALA LUMPUR – Penjelasan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak diterima oleh Bersatu.

Ketua Penerangan Bersatu, Senator  Razali Idris mendakwa, Rafizi seolah-olah ditimpa ‘bodoh’ mengejut.

Razali berkata, OPR merupakan isu besar kerana ia turut mempengaruhi kehidupan rakyat dari segi kenaikan harga barangan.

“OPR perkara besar, bukan kecil. Ini menyebabkan harga barangan keperluan naik. Menteri Eknomi jawab macam itu sahaja. Dia kata, rakyat tak terkesan. Tak tahu saya nak kata apa, tak tahu makusd sebenarnya.

“Saya nampak (Rafizi) bodoh secara mengejut. Dulu nampak cerdik masa pembangkang tapi sekarang nampak kebodohan datang mengejut,” katanya.

Razali berkata demikian kepada pemberita yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Bersatu bersama media hari ini.

Lima hari lalu Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan OPR meningkat 25 mata perpuluhan kepada 3 peratus.

Dalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Banyak pihak mendesak supaya kerajaan menjelaskan kenaikan OPR termasuk Ahli Parlimen PKR (Pasir Gudang) Hassan Abdul Karim.

Rafizi dilaporkan berkata, kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) dalam menentukan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tanpa campur tangan kerajaan, akan terus dipertahankan.

Rafizi menegaskan langkah itu penting bagi memastikan BNM dapat membuat keputusan terbaik untuk kelangsungan ekonomi negara bagi jangka masa panjang, tanpa terpengaruh dengan tuntutan dan pandangan semasa.

“Saya memang secara konsisten sejak menjadi menteri, mempertahankan bahawa keputusan mengenai OPR ini, bagi menentukan kadar faedah pinjaman, perlu diberikan kepada BNM.

“Sebab itu di kebanyakan negara di seluruh dunia, keputusan mengenai kadar faedah ini tidak dipegang oleh ahli politik, jika tidak, akan ada sentiasa tekanan atau pandangan rakyat.

“Kalau ikutkan secara umumnya, (semua orang) kalau boleh nak pinjaman ini kadarnya kosong, tetapi akan ada kesannya kepada ekonomi yang lain,” katanya.

Rafizi berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pandan 2023 di Dewan Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah.

WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

ADA JATUH

DITIMPA TANGGA

KAH KAH KAH

KALI PERTAMA

DI TIMPA BODOH

KAH KAH KAH

BERAT BERAT

KESIAN RAFIZI

ANWAR  PELEKEH

RAFIZI

AMIN

PEMBANGKANG

BODOHKAN

RAFIZI

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Makan sebulan lemang ketupat daging rendang tak habis habis lagi, bila makan free terlalu banyak otak kurang berfungsi, sama macam orang politik UMNO terlalu kenyang sampai lupa perkara asas kebajikan rakyat, kalau ayam mahal suruh makan Kangkung kah kah kah ini penyakit taksub kuasa taksub pangkat taksub jawatan mudah lupa kah kah kah kiri kanan kena kepit ramai penjilat jadi Bodoh lah kah kah cerdik pun jadi Bodoh sebagai proses politics Malaysia amin

Tanpa Nama berkata...

sapa yang berani kata rapussy ni bodoh... ni bakal pm pengganti nuar...