Isnin, 8 Mei 2023

SYABAS SPRM



SPRM akan bawa pulang 8 individu bantu siasatan 1MDB, kata laporan


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membawa pulang lapan individu termasuk ahli perniagaan dalam buruan Jho Low bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International, lapor Utusan Malaysia.

Akhbar itu melaporkan ia akan dilakukan melalui proses rundingan dengan beberapa negara yang dipercayai menjadi tempat persembunyian lapan individu terbabit.

Selain Jho Low, difahamkan bekas ketua pegawai eksekutif SRC Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil; peguam 1MDB Jasmine Loo dan bekas pengarah eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee dipercayai turut berada dalam senarai itu.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, sumber berkata berdasarkan maklumat awal, mereka dipercayai bersembunyi di Macau, China dan Thailand sebelum ini, namun lokasi terkini keberadaan semuanya masih dikesan.

“Tugas itu rumit kerana individu berkenaan sering menukar tempat persembunyian mereka kerana mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

“Bukan saja Jho Low tetapi ada tujuh sehingga lapan individu sedang SPRM kesan ketika ini. Malah rundingan juga dilakukan dengan negara terlibat.

“Pada awalnya, semua individu itu dikatakan berada di negara terlibat namun mereka kemudian berpecah dan bergerak kepada beberapa lokasi yang belum diketahui,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia.

Dalam satu perkembangan berasingan berkaitan seorang ahli perniagaan dipercayai sekutu Jho Low yang dibawa pulang ke Malaysia selepas meninggalkan negara ini lima tahun lalu, sumber berkata lelaki itu tinggal di Macau sepanjang tempoh “melarikan diri” itu.

Sumber berkata hasil penggeledahan rumah lelaki berkenaan pada 3 Mei, kira-kira RM30 juta termasuk aset dan akaun dikaitkan 1MDB diperoleh ahli perniagaan itu dibekukan.

“Siasatan masih dijalankan SPRM ketika ini di pelbagai sudut bagi mengesan jejak kewangan yang dikaitkan dengan dana 1MDB,” katanya.

Pada 5 Mei lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen kerajaan untuk membawa pulang Jho Low dengan segera.

Menurutnya, Malaysia sedang dalam proses rundingan dengan negara terbabit untuk membawa pulang ahli perniagaan itu secepat mungkin. – 8 Mei, 2023.

SYABAS SPRM

TAHNIAH !!!

AMIN

TAPI AWAS

KALAU WUJUD

PROJEK NAK

TUDUH PARA 

MACAI INI

DALAM USAHA

NAK TUNJUK 

NAJIB  NAZAK

TAK BERSALAH

AMIN

AWAS

PROJEK GELAP

NAK BEBASKAN 

NAJIB NAZAK

MASIH BERJALAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wooiii dopan bijik keloontit ekau Zety Taufik Ayman dan anak penyamun AG buek bodoh bangang tak bertindak... Kah kah kah

Bangang simpan sikit wooiii..


Kah kah kah.